Berita Harian

Perolehan separuh pertama Media Prima RM535.9 juta

Pendapatan CJ WOW SHOP meningkat 19 peratus

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini nasuha@bh.com.my

Kumpulan media bersepadu sepenuhnya, Media Prima Bhd (Media Prima) merekodkan perolehan separuh pertama tahun ini berjumlah RM535.9 juta, berbanding RM623 juta dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Ia berikutan cabaran ekonomi dan operasi semasa yang memberi kesan kepada kumpulan secara keseluruha­nnya.

Kumpulan merekodkan kerugian bersih RM53.6 juta berbanding keuntungan bersih sebanyak RM8.7 juta dalam tempoh separuh pertama 2018.

Perolehan pengiklana­n tradisiona­l bagi enam bulan menyusut sebanyak 19 peratus berbanding tempoh sebelumnya.

Penurunan itu sebahagian­nya dikurangka­n oleh pertumbuha­n dalam perolehan segmen perdaganga­n kumpulan yang diterajui oleh segmen beli-belah rumah Media Prima.

CJ WOW SHOP kekal melonjak dengan perolehan meningkat sebanyak 19 peratus kepada RM114.3 juta bagi tempoh separuh pertama 2019, berbanding RM96 juta bagi tempoh separuh pertama 2018.

Meskipun perolehan digital kumpulan bagi tempoh dikaji menurun secara marginal sebanyak tiga peratus berbanding tempoh sebelumnya, Media Prima kekal sebagai peserta penting dalam alam digital, susulan pemilikan jenama baharu digital dan pendemokra­sian kandungan dalam platform digital.

Kumpulan kekal berada dalam kedudukan ketiga di Malaysia, selepas Google dan Facebook, menerusi terma pencapaian audien digital dan berjaya mengekalka­n kedudukan sebagai pemimpin bagi kandungan dalam peralatan mudah alih di Malaysia dengan pelawat unik berjumlah 13.5 juta sebulan.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Syed Hussian Aljunid, berkata keputusan kumpulan bagi separuh pertama tahun ini mencermink­an cabaran yang memberi kesan kepada syarikat media di seluruh dunia.

“Di tengah-tengah keadaan ekonomi tidak memberangs­angkan yang memberi impak kepada perbelanja­an pengiklana­n, khususnya bagi perniagaan tradisiona­l, kumpulan berjaya memulihkan keputusan suku kedua berbanding suku sebelum ini .

“Kami didorong oleh hasil daripada usaha yang dilaksanak­an dan sekiranya tiada perkara yang tidak diduga berlaku, kumpulan berharap dapat mengekalka­n momentum ini bagi suku seterusnya dalam tahun kewangan ini,” katanya.

Bagi tempoh enam bulan dalam kajian, Media Prima terus mengembang­kan keupayaan digital dan perdaganga­n menerusi semua platform dalam usaha untuk mencapai peluang lebih baik dan terus kekal dalam trend yang baru muncul.

Jenama dalam talian The New Straits Times Press (NSTP) iaitu My Metro, BH Online dan NST Online, terus berada di kedudukan teratas dalam kalangan laman berita utama di Malaysia dengan purata pengguna sebulan masing-masing berjumlah 10.2 juta, 7.4 juta dan 3.6 juta ketika ini.

Keputusan kumpulan bagi separuh pertama tahun ini mencermink­an cabaran yang memberi kesan kepada syarikat media di seluruh dunia.

Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan Media Prima

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia