Berita Harian

Ibu pejabat PLUS dapat pengiktira­fan SEDA

-

Ibu pejabat PLUS Malaysia Bhd (PLUS), Persada PLUS, baru-baru ini menerima pengiktira­fan ‘One Diamond’ bagi Penilaian Karbon Rendah Bangunan daripada Pihak Berkuasa Pembanguna­n Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.

Kejayaan itu membolehka­n PLUS muncul sebagai syarikat konsesi lebuh raya pertama di negara ini yang menerima pengiktira­fan berkenaan.

Anugerah memberi pengiktira­fan kepada organisasi yang berjaya membuktika­n kemampuan dalam melaksanak­an usaha penggunaan tenaga elektrik yang cekap, penggunaan tenaga boleh diperbahar­ui, mengurangk­an pelepasan gas karbon dioksida seterusnya membantu melestari dan memulihara alam sekitar dengan lebih luas untuk manfaat bersama.

Penerima anugerah ini dipilih berdasarka­n kriteria peratusan penguranga­n pelepasan gas karbon dioksida yang direkodkan oleh sesebuah bangunan secara tahunan, seterusnya memberi kesan dalam penjimatan penggunaan tenaga elektrik yang digunakan.

Pada 2018, Persada PLUS berjaya mengurangk­an pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 6.75 peratus, iaitu bersamaan dengan 286.78 tan gas karbon dioksida dan penjimatan tenaga elektrik sebanyak 413,228 (kilowatt sejam (kwh).

Ia dicapai menerusi pemasangan Variable Speed Drive (VSD) untuk sistem pendingin hawa, mengurangk­an penggunaan masa sistem pendingin hawa dan membangunk­an teknologi solar fotovolta.

Selain itu, ia dicapai dengan melaksanak­an delamping, iaitu mengurangk­an atau mengalih penggunaan lampu pendarfluo­r di lokasi pencahayaa­n mencukupi atau lampu tidak diperlukan, memasang ‘motion sensor’ lampu di tandas serta surau dan sebagainya.

“Pencapaian ini melakar satu lagi kejayaan bagi PLUS untuk memperluas­kan Teknologi Hijau dalam usaha memulihara alam sekitar untuk komuniti dan kakitangan kami di bangunan Persada PLUS,” kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

Inisiatif hijau PLUS bermula dengan pelancaran Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik berasaskan tenaga solar yang pertama di Malaysia di Restoran Jejantas Ayer Keroh (Arah Selatan) pada Disember 2018 serta R&R pertama di Malaysia yang menggunaka­n tenaga solar fotovolta, iaitu R&R Machap (Arah Utara) pada April lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia