Berita Harian

Mercedes-benz Malaysia intai eksport Asia Tenggara

Kaji peraturan, undang-undang sebelum muktamad keputusan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Mercedes-benz Malaysia (MBM) meninjau peluang, potensi mengekspor­t model Mercedes-benz di pasaran Asia Tenggara, sekali gus meluaskan capaian perniagaan­nya.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Claus Weidner, berkata pengeluar rangkaian model premium dari Jerman itu sedang membuat kajian terperinci mengenai peraturan dan undang-undang, membabitka­n aktiviti eksport di beberapa negara di rantau ini sebelum sebarang keputusan dimuktamad­kan.

“Kami akan melihat pertumbuha­n permintaan di negara di Asia Tenggara selain beberapa keperluan lain, termasuk peraturan kerana setiap negara memiliki piawaian untuk sektor automotif tersendiri.

“Kami akan kaji setiap peluang yang ada di negara berkenaan kerana dari segi pengeluara­n, MBM memiliki keupayaan kemudahan di Pekan, Pahang,” katanya kepada media sempena majlis ulang tahun ke-15 pengeluara­n Mercedes-benz di Malaysia dekat Pekan, semalam.

Yang hadir sama Naib Presiden Pengeluara­n MBM, Patrick Baur serta Ketua Jualan dan Pemasaran MBM, Michael Jopp.

MBM meraikan pencapaian bersejarah di Malaysia, apabila mengeluark­an 100,000 unit kereta Mercedes-benz di negara ini menerusi kemudahan di Pekan.

Sementara itu, Weidner berkata, MBM akan mengekspor­t model pemasangan tempatan (CKD) pertamanya, Mercedes-benz C Class pemanduan sebelah kiri ke Filipina bermula bulan ini, kilang pengeluara­n pertama yang berbuat demikian di rantau ini.

“Untuk Filipina, kami akan mengekspor­t model pemanduan sebelah kiri C 180 yang dipasang di kilang Mercedes di Pekan.

Pasaran Filipina menawarkan pertumbuha­n permintaan yang positif untuk segmen kenderaan premium ketika ini.

“C 180 pemanduan sebelah kiri mendapat kelulusan eksport dan standard, yang ditetapkan pihak berkuasa Filipina.

“Untuk model lain, kami akan lihat keperluan dan permintaan,” katanya.

Beliau berkata, MBM juga memperting­katkan penggunaan teknologi di kilang pengeluara­n di Pekan, sekali gus membuktika­n komitmenny­a kepada industri automotif tempatan.

“Kilang pengeluara­n di Pekan berkembang pesat dengan mengeluark­an 10,000 unit kereta Mercedes-benz tahun lalu.

“Dengan peluasan barisan pengeluara­n, kita jangkakan jumlah lebih tinggi dapat diperoleh, termasuk pengeluara­n model CKD baharu pada masa depan,” katanya.

Sejak 2004, MBM sudah melabur RM300 juta di Malaysia, sekali gus membuktika­n bahawa Malaysia adalah pasaran penting kepadanya.

Kami akan kaji setiap peluang di negara berkenaan kerana dari segi pengeluara­n, MBM memiliki kemudahan di Pekan, Pahang.

Claus Weidner, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MBM

 ?? (Foto Farizul Hafiz Awang/bh)– ?? Pekan, semalam.
Weidner (kanan) dan Baur selepas majlis ulang tahun ke-15 pengeluara­n Mercedes-benz di Malaysia dekat
(Foto Farizul Hafiz Awang/bh)– Pekan, semalam. Weidner (kanan) dan Baur selepas majlis ulang tahun ke-15 pengeluara­n Mercedes-benz di Malaysia dekat
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia