Berita Harian

Yuan cecah paras terendah dalam tempoh 11 tahun

Mata wang lain turut didagangka­n dalam julat kecil

-

Tokyo: Mata wang China, yuan susut ke paras terendah dalam tempoh 11 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semalam, berikutan kebimbanga­n mengenai kelembapan ekonomi.

Ia mencetuska­n bank milik kerajaan menyokong mata wang berkenaan dalam pasaran hadapan.

Kejatuhan yuan yang digabungka­n dengan penurunan saham di Hong Kong, susulan kebimbanga­n terhadap protes di bandar raya itu menyumbang kepada penurunan dolar dan melonjakka­n mata wang yen berbanding mata wang lain, dalam dagangan berisiko.

Mata wang lain didagangka­n dalam julat yang sempit, menjelang ucapan yang bakal dibuat Pengerusi Rizab Persekutua­n (Fed), Jerome Powell di Jackson Hole.

Ucapan itu dijangka menjadi perhatian banyak pihak, selepas pertukaran dalam lengkungan hasil Perbendaha­raan, yang memberi petunjuk risiko berlakunya kegawatan di AS.

Jangkaan bagi penurunan tambahan kadar faedah adalah tinggi dan gesaan lantang Presiden AS, Donald Trump berhubung pelonggara­n kewangan secara agresif, juga boleh meletakkan Fed dalam keadaan yang sukar.

“Beberapa pelabur seperti penasihat dagangan komoditi mengaitkan aliran menurun dalam yuan dan saham China untuk jualan silang yen.

“Kebimbanga­n lebih utama adalah apa yang Powell akan katakan hari ini.

“Beliau tidak mahu terlalu banyak memberi, tetapi ada petunjuk bahawa Trump akan berusaha keras untuk menentukan polisi kewangan,” kata Ahli Strategi Tukaran Asing di Daiwa Securities di Tokyo, Yukio Ishizuki.

Dalam mesyuarat terakhir Fed pada Julai lalu, bank pusat AS itu mengurangk­an kadar faedah buat pertama kalinya dalam tempoh sedekad, kepada 2.00 hingga 2.25 peratus.

Mesyuarat bank pusat itu yang berikutnya adalah pada 17 dan 18 September ini.

Dalam dagangan tempatan, yuan susut kepada 7.0752 berbanding dolar, yang terendah sejak Mac 2008 sebelum pulih sedikit kepada 7.0732.

“Dalam dagangan luar pesisir, dolar meningkat 0.29 peratus kepada 7.0872 yuan. Kebanyakan bank yang dimiliki Kerajaan China dilihat memberikan sokongan kepada yuan dengan menerima tukaran dolar/yuan,” kata peniaga kepada Reuters.

Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) kelmarin, memberi amaran kepada kerajaan yang cuba melemahkan mata wang mereka, menerusi pelonggara­n kewangan atau campur tangan pasaran.

Ia boleh memberikan perhatian kepada yuan selepas Perbendaha­raan AS mengisytih­arkan China sebagai pemanipula­si mata wang, dalam perang dagangan China dan AS yang semakin meningkat. REUTERS

 ?? (Foto Hiasan) ?? Kejatuhan mata wang China berikutan kebimbanga­n mengenai kelembapan ekonomi.
(Foto Hiasan) Kejatuhan mata wang China berikutan kebimbanga­n mengenai kelembapan ekonomi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia