Berita Harian

Mori Building mula bina bangunan tertinggi di Jepun

-

Tokyo: Mori Building Co memulakan projek hartanah AS$5 bilion (RM21 bilion), termasuk pembinaan bangunan tertinggi di Jepun dan tumpuan kepada residen luar negara.

Ia isyarat terbaharu keyakinan pemaju terhadap Tokyo selepas Olimpik 2020.

Mori Building yang dikenali dengan jenama hartanah Hills semalam berkata, ia memulakan pembinaan bagi pembanguna­n semula projek Toranomon-azabudai berhampira­n daerah Roppongi di tengah Tokyo bulan ini.

Projek dijangka siap pada Mac 2023.

Projek itu yang masih belum dinamakan secara rasmi, disasar untuk mewujudkan bandar di dalam bandar dengan taman sayuran, muzium, galeri dan tiga menara untuk menempatka­n 20,000 pejabat dan 3,500 residen.

“Ia juga akan menempatka­n British School di Tokyo dengan anggaran 700 pelajar dari 50 negara, berfungsi sebagai ‘enjin’ bagi membantu menarik syarikat global dan pekerja dari luar negara,” kata Ketua Eksekutifn­ya, Shingo Tsuji kepada pemberita.

“Dari seluruh dunia kita perlu menarik pembeli, perniagaan dan sumber kewangan mereka,” kata Tsuji, merujuk persaingan dihadapi Tokyo daripada bandar raya antarabang­sa lain, seperti Hong Kong dan Shanghai.

“Ekspatriat luar negara boleh bekerja, menginap dan belajar. Di tengah-tengah Tokyo, kami menawarkan suasana sedemikian,” katanya sambil menambah, kira-kira separuh penyewa pejabat adalah syarikat sekutu asing.

Purata harga tanah di kawasan metropolit­an adalah yang tertinggi sejak krisis kewangan 2008, demikian menurut data daripada Japan Real Estate Institute, ketika ekonominya pulih manakala projek pembinaan dan infrastruk­tur semakin pesat menjelang Tokyo 2020.

Menara utama 64 tingkat mencecah ketinggian 330 meter menjadikan­nya bangunan tertinggi di negara itu, sekurang-kurangnya sehingga 2027, apabila Mitsubishi Estate menyiapkan menara 390 meter, berhampira­n stesen Tokyo. REUTERS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia