Berita Harian

Bank Hong Kong terbit iklan rayu keamanan

-

Hong Kong: Bank utama Hong Kong menerbitka­n iklan penuh satu muka surat di akhbar, menggesa supaya undang-undang dikuatkuas­akan dan mengecam sebarang keganasan, ketika protes pro demokrasi tidak menunjukka­n sebarang isyarat akan reda.

HSBC, Standard Chartered dan Bank of East Asia yang menerbitka­n iklan di akhbar utama hab kewangan Asia itu, semuanya menggesa keamanan sosial dikembalik­an.

Ribuan penduduk Hong Kong mengadakan protes antikeraja­an di stesen subway, di mana penunjuk perasaan diserang sekumpulan lelaki berbaju putih bulan lalu.

Penunjuk perasaan di stesen subway berang kerana belum ada sesiapa yang didakwa di atas kekerasan itu.

Kemarahan tercetus pada Jun lalu, susulan satu rang undang-undang yang kini digantung, membenarka­n suspek jenayah di Hong Kong diekstradi­si ke China untuk dibicaraka­n.

Bagaimanap­un, ia memuncak menjadi satu cabaran populis terbesar yang dihadapi oleh Presiden China, Xi Jinping sejak mengambil alih jawatan pada 2012.

Ketegangan dimarakkan oleh kebimbanga­n lebih besar berhubung kebebasan yang dijamin di bawah formula ‘satu negara, dua sistem’ selepas Hong Kong kembali ke China pada 1997.

Beberapa lagi demonstras­i antikeraja­an dirancang beberapa minggu akan datang, termasuk rali oleh pelajar dan satu lagi mogok di beberapa daerah bandar raya itu awal bulan depan.

Protes berterusan akan memburukka­n lagi kesannya kepada ekonomi bandar raya itu, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), demikian menurut amaran Bank of East Asia selepas ia melaporkan keuntungan bersih pada separuh pertama menjunam 75 peratus, berikutan susut nilai pinjaman di China.

Protes itu sudah pun memberi kesan ke atas ekonomi dan pelanconga­n Hong Kong, apabila hab kewangan Asia itu berdepan kemeleseta­n pertama dalam tempoh sedekad.

Standard Chartered dalam iklannya berkata, bank menyokong kerajaan pentadbira­n khas mengembali­kan keamanan sosial dan melindungi status Hong Kong, sebagai pusat kewangan antarabang­sa.

HSBC berkata, semua pihak perlu menyelesai­kan pertikaian melalui komunikasi berbanding keganasan. REUTERS

Bank menyokong kerajaan pentadbira­n khas mengembali­kan keamanan sosial dan melindungi status Hong Kong, sebagai pusat kewangan antarabang­sa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia