Berita Harian

Sentimen elak risiko

FBM KLCI ditutup dalam dagangan berhati-hati

-

Bursa Malaysia ditutup semalam dalam dagangan berhatihat­i sementara menunggu hala tuju pasaran seterusnya dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) ditutup 0.49 peratus atau 7.88 mata lebih tinggi kepada 1,602.47 selepas mencecah paras tertinggi harian pada 1,605.53.

Petunjuk pasaran utama itu dibuka 1.67 mata lebih tinggi kepada 1,597.26.

Bagaimanap­un, suasana pasaran cenderung kepada negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 401 berbanding 382, dengan 430 kaunter tidak berubah, 746 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik sedikit kepada 2.04 bilion unit bernilai RM1.75 bilion berbanding 1.99 bilion unit bernilai RM1.62 bilion kelmarin.

Rakan Urusan VM Markets Pte Ltd, Stephen Innes, berkata pasaran berada dalam tidak menentu, yang membawa kepada sentimen mengelak risiko.

“Kebanyakan pelabur menunggu apakah yang akan diperkatak­an oleh Pengerusi Ri zab Persekutua­n AS (Fed), Jerome Powell ketika simposium Jackson Hole hari ini, yang akan memberikan petunjuk mengenai keputusan penurunan kadar,” katanya.

Beliau berkata, pelabur kebanyakan­nya yakin Fed akan melaksanak­an penurunan kadar faedah, tetapi masih belum pasti sama ada ia adalah 25 mata atau 59 mata asas.

Penganalis­is berkata, selain faktor global, pelabur runcit tidak memasuki pasaran tempatan kerana mereka melaksanak­an pelaburan mengelak risiko.

“Dengan harga emas meningkat, ia adalah petunjuk mereka beralih kepada aset selamat dalam menghadapi kegawatan,” katanya.

Di bursa tempatan, AMMB menokok 24 sen kepada RM4.14, Dialog dan Digi naik dua sen masing-masing kepada RM3.49 dan RM5.00, manakala IHH dan Sime Darby meningkat satu sen masing-masing kepada RM5.67 dan RM2.10.

Dalam kalangan saham cergas, Vsolar turun 1.5 sen kepada 13.5 sen, Jaks berkuranga­n setengah sen kepada 81.5 sen, Berjaya Land meningkat 1.5 sen kepada 24 sen, MNC Wireless mengukuh setengah sen kepada 8 sen dan NETX tidak berubah pada 1.5 sen.

FBM Ace meningkat 41.47 mata kepada 4,647.64, FBM 70 susut 19.79 mata kepada 14,135.95, Indeks FBM Emas naik 36.40 mata kepada 11,338.79, Indeks FBM Emas Syariah menambah 36.26 mata kepada 11,869.95 dan Indeks FBMT 100 meningkat 38.41 mata kepada 11,174.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan mengukuh 75.95 mata kepada 15,588.11, Indeks Perladanga­n naik 21.88 mata kepada 6,772.65 dan Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an menokok 0.75 mata kepada 150.39.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.31 bilion unit bernilai RM1.60 bilion berbanding 1.27 bilion unit bernilai RM1.47 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan waran susut kepada 404.69 juta unit bernilai RM95.73 juta berbanding 418.17 juta unit bernilai RM92.27.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menokok kepada 317.62 juta unit bernilai RM55.75 juta daripada 303.94 juta unit bernilai RM50.73 juta.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 286.64 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an perindustr­ian (222.62 juta), pembinaan (106.14 juta), teknologi (110.58 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (40.32 juta), hartanah (164.73 juta), perladanga­n (12.17 juta), REIT (14.75 juta), dana tertutup (20,000), tenaga (186.29 juta), penjagaan kesihatan (25.89 juta), telekomuni­kasi dan media (100.72 juta), pengangkut­an dan logistik (29.82 juta) dan utiliti (17.00 juta).

BERNAMA

Kebanyakan pelabur menunggu apakah yang akan diperkatak­an oleh Pengerusi Fed AS, Jerome Powell ketika simposium Jackson Hole, yang akan memberikan petunjuk mengenai keputusan penurunan kadar.

Stephen Innes, Rakan Urusan VM Markets Pte Ltd

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia