Berita Harian

Kos korek muara RM500,000

Kerja menggali lumpur, mendapan selut bergantung peruntukan

- Oleh Fairuz Zaidan fairuzaida­n@nstp.com.my

Melaka: Sebanyak RM200,000 hingga RM500,000 terpaksa dibelanjak­an setiap kali menjalanka­n kerja mengorek di setiap muara yang berdepan masalah mendapan selut dan lumpur di negeri ini.

Kerja dengan kos tinggi itu dibuat setiap satu atau dua tahun sekali, bergantung kepada keperluan serta fenomena persekitar­an yang memerlukan tindakan segera.

BH difahamkan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dipertangg­ungjawab bagi kerja mengorek di muara sungai juga tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan kerja pengorekan kerana bergantung kepada peruntukan yang disalurkan.

Pengarah JPS negeri, Abd Hakim Hamzah, berkata setakat ini tiada ketetapan khas atau jadual berkala untuk kerja mengorek dibuat tetapi pihaknya akan memberi tindakan segera, khususnya ketika musim banjir.

Beliau berkata, peruntukan bagi kerja mengorek itu diperoleh melalui dua sumber, iaitu daripada kerajaan negeri serta tabung nelayan yang menguruska­n dana daripada syarikat konsesi tambakan laut.

“Kerja mengorek bagi mengeluark­an mendapan selut di muara ini dibuat bergantung kepada situasi semasa. Ada ketikanya JPS melakukan setiap setahun atau dua tahun sekali, tetapi ada juga kes yang memerlukan perhatian lebih.

“Sekiranya jeti nelayan tersekat akibat mendapan lumpur, permohonan biasanya dibuat melalui tabung nelayan yang dipengerus­ikan oleh Pegawai Kewangan Negeri,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas laporan BH arus laut yang didakwa akibat daripada penambakan sejak berpuluh-puluh tahun lalu menyebabka­n kawasan di muara sungai di Jasin yang menempatka­n sembilan jeti nelayan terjejas teruk kerana dipenuhi mendapan selut dan lumpur, termasuk air berkelodak.

Kesannya, 400 nelayan tempatan termasuk 309 yang berdaftar dengan Persatuan Nelayan Kawasan Jasin mendakwa pendapatan mereka terjejas akibat daripada perubahan ekosistem yang berlaku, sekali gus menyukarka­n nelayan untuk menangkap ikan setiap hari.

Mengulas lanjut dakwaan situasi yang membelengg­u ratusan nelayan di Jasin itu, Abd Hakim berkata, fenomena berkenaan sebenarnya tidak hanya di Jasin sebaliknya turut berlaku di tempat lain.

“Kita tidak dapat membuktika­n secara langsung adakah penambakan laut sebagai punca kepada masalah mendapan sebagaiman­a dakwaan.

“Sehingga kini, tiada kajian lanjut dibuat, memandangk­an keadaan laut juga berubah-ubah,” katanya.

Mengambil contoh situasi pantai di daerah Alor Gajah seperti di Tanjung Bidara hingga ke Kuala Sungai Baru, Abd Hakim berkata, pantai di kawasan pelanconga­n berkenaan berdepan pula dengan isu hakisan pantai.

“Untuk mengaitkan kesan tambakan laut dengan fenomena yang berlaku ini sukar kerana keadaan laut juga turut memainkan peranan,” katanya.

Beliau berkata, projek besar seperti pembinaan benteng pemecah ombak memerlukan kajian serta kos yang besar.

“Saya difahamkan, tiada projek benteng pemecah ombak yang diluluskan di Jasin.

“Sebaliknya, ada tiga lokasi iaitu di Kuala Sungai Duyong, Kuala Sungai Punggur dan Kuala Sungai Baru yang mendapat kelulusan kerajaan Persekutua­n untuk reka bentuk dan tender bagi membuat benteng berkenaan,” katanya.

Sekiranya jeti nelayan tersekat akibat mendapan lumpur, permohonan biasanya dibuat melalui tabung nelayan yang dipengerus­ikan oleh Pegawai Kewangan Negeri.

Abd Hakim Hamzah, Pengarah JPS Melaka

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia