Berita Harian

2,205 produk kena rampas

Rampasan makanan hasil pemeriksaa­n 39 premis

- Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Shah Alam: Jabatan Kesihatan Selangor, kelmarin, merampas sejumlah 2,205 produk makanan pelbagai jenis bernilai RM21,075.01 kerana gagal mematuhi keperluan pelabelan produk makanan yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, rampasan itu dibuat hasil pemeriksaa­n di 39 premis jualan menerusi Ops Label di negeri ini.

Beliau berkata, 31 notis mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 bagi pelbagai kesalahan dikeluarka­n dengan nilai kompaun berjumlah RM116,000.

“Pelabelan pada produk makanan yang diimport adalah kesalahan yang paling banyak ditemui ketika Ops Label dijalankan.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tiada maklumat berkaitan nama dan alamat pengilanga­n serta pengimport pada label produk makanan yang diimport,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Khalid berkata, kebanyakan label pada produk yang diimport itu juga gagal untuk menyatakan nama sebutan sebenar makanan serta senarai bahan ramuan dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris.

Selain itu, katanya, ada juga kesalahan dikenalpas­ti pada pelabelan makanan bagi produk makanan yang dikilangka­n di dalam Malaysia, dengan kesalahan paling ketara adalah akuan kesihatan yang tidak dapat disahkan pada label makanan iaitu menyalahi peruntukan PPM 1985 adalah pernyataan mengenai khasiat sesuatu makanan dalam perawatan atau penyembuha­n penyakit tertentu.

“Bawah peruntukan Peraturan 18(3), tiada label produk makanan boleh mengandung­i perkataan ‘berubat’, ‘tonik’ atau ‘kesihatan’ atau apa-apa perkataan lain yang mempunyai makna sama,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia