Berita Harian

Tak perlu dera haiwan jika tak suka

Islam promosi kehidupan penuh kasih sayang kepada semua makhluk

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof dan Siti Haliza Yusop bhagama@bh.com.my

kekejaman terhadap haiwan mungkin tidak sebanyak kekejaman dilakukan sesama manusia tetapi laporan mengenainy­a yang turut disebut media membuktika­n kes penderaan terhadap haiwan bukan kes terpencil. Insiden haiwan dipijak, tidak diberi makan, dibaling dari tempat tinggi, dicurah air panas dan dilemaskan dalam takungan air, malah ditembak menggunaka­n senjata api antara beberapa bentuk kekejaman kepada haiwan yang dilaporkan di media massa. Lebih menyedihka­n, kes penderaan haiwan turut membabitka­n kanak-kanak. Apakah dosa menzalimi haiwan dianggap lebih ‘ringan’ berbanding perbuatan menzalimi sesama manusia menyebabka­n isu itu tidak dianggap besar dalam masyarakat sedangkan haiwan juga makhluk bernyawa. Pensyarah di Fakulti Pengajian Kontempora­ri Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, (UNISZA), Prof Madya Dr Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin, berkata semua makhluk Allah diciptakan mempunyai manfaat tersendiri. Wan Mohd Khairul Firdaus berkata, haiwan diciptakan mempunyai kepentinga­n langsung dengan kehidupan manusia tetapi sebahagian masyarakat tidak berupaya menggambar­kan manfaatnya hingga menzalimin­ya. Firman Allah SWT:

“Dan Dia menciptaka­n binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangat­kan dan pelbagai manfaat dan sebahagian­nya kamu makan. Dan kamu memperoleh pandangan yang indah padanya, ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskan­nya ke tempat pengembala­an. Dan ia memikul bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup sampai kepadanya, melainkan dengan kesukaran (yang menyukarka­n) diri. Sesungguhn­ya Tuhanmu benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” (An-nahl: 5-7) Wan Mohd Khairul berkata, setiap manusia perlu mengasihi haiwan sebaiknya, lain sentiasa menjaga dan tidak menyakiti binatang. Rasulullah SAW bersabda: Sayangilah makhluk yang ada di bumi, (balasannya) yang berada di langit (Allah) akan menyayangi­mu. (HR Ahmad) Wan Mohd Khairul Firdaus berkata, Nabi Muhammad SAW sebagai panduan umat Islam sentiasa menunjukka­n teladan baik dalam menghormat­i haiwan. Beliau memetik hadis Nabi SAW yang bersabda: Tidaklah seseorang Muslim menanam pokok atau tumbuhan, kemudianny­a dimakan burung, manusia atau haiwan melainkan menjadi sedekah baginya. (HR Muslim). “Begitu juga dapat dilihat dalam kisah yang berlaku pada Saidina Aishah RA yang menaiki unta kemudian menarik-narik unta itu kerana tidak mahu bergerak. Maka Rasulullah SAW menegur perbuatan itu dengan bersabda: Hendaklah engkau bersikap lembut kepadanya (HR Muslim),” katanya. Mengenai manfaat mengasihi haiwan, Wan Mohd Khairul Firdaus berkata, perbuatan itu mendapat kasih sayang daripada Allah SWT, memperoleh pahala dan manfaat daripada haiwan itu. Berhubung hukuman kepada manusia yang melakukan kezaliman terhadap haiwan, beliau berkata, ia berdosa dengan balasan azab seksa seperti sabda Rasulullah SAW: Ada seorang wanita masuk neraka kerana seekor kucing yang diikatnya; dia tidak memberinya makan dan tidak melepasnya sehingga

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia