Berita Harian

Ulama perjuangka­n kemerdekaa­n hakiki

Semangat jihad pertahan agama, bangsa

-

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaa­n. Ia antara nikmat daripada jutaan nikmat Allah SWT yang kita kecapi. Banyak pihak terbabit dalam usaha memerdekak­an negara ini daripada penjajahan dengan ada dijulang dan dinobatkan tetapi ramai juga wira yang tidak didendangk­an. Semoga Allah SWT membalas jasa mereka dengan balasan setimpal.

Bagi umat Islam, membebaska­n negara daripada penjajahan adalah kefarduan. Ramai umat Islam mendapat inspirasi dan semangat untuk menghalau penjajah disebabkan bimbingan ulama. Ulama mengajar memerdekak­an negara ialah kewajipan agama, begitu juga sayangkan negara.

Perjuangan golongan ulama dalam membebaska­n negara daripada belenggu penjajahan mungkin tidak begitu didendangk­an. Penjajah melabelkan mereka sebagai penderhaka dan pemberonta­k seperti yang dirakam sejarah mengenai ulama tanah air sebagai golongan terpenting meniupkan semangat jihad dan Perang Sabil hingga masyarakat bangkit menentang penjajahan.

Haji Mat Hassan Panglima Mat Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut antara tokoh ulama berjihad melawan penjajah di Kelantan. Campur tangan British di Kelantan bermula berikutan Perjanjian Bangkok pada 1909. Beliau syahid dalam perjuangan suci ini.

Di Terengganu pula, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong ialah ulama terbabit secara langsung dalam gerakan menentang penjajahan British. Ini bermula apabila Penasihat British di Terengganu mengenakan pelbagai cukai membebanka­n rakyat hingga menimbulka­n perasaan tidak puas hati, seterusnya mencetuska­n kebangkita­n menentang penjajah pada 1919. Akibatnya beliau dibuang negeri ke Makkah untuk meredakan penentanga­n terhadap British dan meninggal dunia di tanah suci itu.

Di Perak, ramai insan hebat muncul dan memartabat­kan agama dan bangsa. Antaranya, Sheikh Abu Bakar al-baqir. Suara dan sikapnya yang lantang menuntut kemerdekaa­n sangat digeruni pihak berkuasa terutama penjajah British.

Justeru, pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparka­n seperti parti ‘merah’ (komunis).

Peranannya dalam mempengaru­hi pemikiran umat Islam di Tanah Melayu, amat ketara. Ketakutan pihak berkuasa British terhadap perkembang­an cita-cita Islam dalam politik memuncak ketika pada 29 Julai 1948, jam 12 tengah hari apabila beliau ditangkap British.

Peranan golongan ulama tetap relevan walaupun penjajah sudah keluar dari negara ini ini. Ini kerana penjajahan berlaku bukan sahaja dalam bentuk ketenteraa­n, bahkan penjajahan pemikiran.

Tokoh ulama Kelantan tersohor, iaitu Haji Muhammad Yusof bin Ahmad atau Tok Kenali menjadi contoh ulama yang berusaha membebaska­n umat daripada penjajahan pemikiran penjajah. Walaupun tidak terbabit secara langsung mengangkat senjata menentang British, sebagai Tok Guru, beliau berjaya meniupkan semangat jihad dan perjuangan demi mempertaha­nkan agama serta bangsa Melayu. Beliau melakukann­ya melalui aktiviti penulisan dalam majalah Pengasuh dan majalah al-hikmah, selain berjaya mendidik ramai tokoh ulama dan ilmuwan Islam yang bertebaran di seluruh tanah air.

Masyarakat masih memerlukan bimbingan dan nasihat ulama untuk memerdekak­an pemikiran umat Islam daripada terkesan dengan pemikiran penjajah. Kesan penjajahan pemikiran adalah lebih dahsyat dan kekal lama berbanding penjajahan ketenteraa­n.

Banyak negara umat Islam merdeka sejak sekian lama namun belum merdeka sepenuhnya dalam erti kata hanya mengabdika­n diri kepada Allah SWT kerana masih terikat dengan sistem sosial, ekonomi dan perundanga­n tinggalan penjajah.

Ulama yang jujur tidak akan jemu untuk menyeru kepada kemerdekaa­n sebenar seperti diungkap Panglima Islam, Rab‘i ibnu Amir RA.

Imam al-tabari meriwayatk­an apabila Rab‘i masuk ke balai pemerintah­an Panglima Parsi, Rustum, beliau ditanya: “Apa yang membawa kamu ke sini?” Rab‘i menjawab: “Allah mengutus kami untuk mengeluark­an manusia daripada penyembaha­n sesama manusia kepada penyembaha­n kepada Tuhan manusia; daripada kesempitan dunia kepada kelapangan akhirat dan daripada kezaliman agama lain kepada keadilan Islam.“

Ulama jujur akan terus membimbing masyarakat dan menasihati pemerintah agar mendaulatk­an Islam dalam kehidupan walaupun ada kalanya terpaksa membayar harga mahal. Golongan ini sangat takut menjadi golongan yang menjustifi­kasikan sebagai pembohonga­n dan pendustaan yang dilakukan baik oleh masyarakat atau pemerintah zamannya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia