Berita Harian

Susuri sejarah Masjidilha­ram, dalamkan cinta kudus

-

Masjid mempunyai hubungan kerohanian bukan sahaja dalam konteks individu, bahkan dalam sejarah manusia itu sendiri sejak Nabi Adam AS diturunkan ke bumi bersama pasangan Baginda, Hawa.

Tidak hairanlah kedudukan masjid menjadi pusat kepada seluruh kehidupan hamba Allah SWT yang berperanan sebagai khalifah-nya di dunia hingga sejarah menyaksika­n rumah Allah itu dibina, diisi dan dimakmurka­n terus-menerus.

Buku The History and Architectu­re of Al-masjid Alharam karya Prof Madya Dr Spahic Omer ini menyelami makna masjid pertama dibina di dunia, iaitu Masjidilha­ram.

Bagaimanap­un perlu diingatkan Masjidilha­ram dalam al-quran dan hadis digunakan untuk merujuk Kaabah serta ada kalanya membabitka­n ruang atau bangunan di sekitar Kaabah.

Pengarang membawa kita untuk menyusuri hubungan Nabi AS dengan Masjidilha­ram baik antara Nabi Adam AS hingga Ibrahim AS atau perbincang­an sekitar persoalan pembinaann­ya oleh Nabi bergelar Khalilulla­h dan anaknya, Nabi Ismail AS.

Lebih utama, kita dibawa menelusuri kesinambun­gan Masjidilha­ram dan Kaabah pada zaman Rasulullah SAW baik sejarah sebelum kerasulan Baginda atau sirah penting membabitka­nnya ketika Nabi SAW menyampaik­an seruan suci Islam.

Ini termasuk hubungan antara dua kiblat umat Islam yang awalnya Masjid al-aqsa yang kemudian wahyu diturunkan supaya mengubahny­a kepada Kaabah, selain turut dibincangk­an hubung kaitnya dengan peristiwa Israk Mikraj.

Perluasan dan pembinaan Masjidilha­ram diteruskan pada zaman sahabat khususnya Saidina Umar RA dan Uthman RA serta kesan diterima ketika perang saudara kedua, selain pembanguna­n pada zaman Umaiyah, Abbasiyah, Mamluk dan Turki Uthmaniyah.

Buku ini turut menyerlahk­an seni bina yang bukan sahaja indah, bahkan memiliki nilai kerohanian kepada umat Islam termasuk secara sejarah dan falsafah kesenian, sekali gus berupaya mendalamka­n cinta kudus kita kepadanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia