Berita Harian

‘Masjid Besi’ tampilkan konsep mesra alam

Seni bina Jerman, China serlah ketelitian reka bentuk

- Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bh.com.my

Putrajaya: Gelaran ‘Masjid Besi’ kerana menjadi masjid pertama di negara ini dibangunka­n dengan lebih 6,000 tan besi hingga merangkumi 70 peratus keseluruha­n strukturny­a itu sendiri sudah menjadi tarikan kepada Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA).

Bagaimanap­un ia bukan satu-satunya kelebihann­ya, sebaliknya masjid yang dibina dengan kos RM200 juta itu, istimewa kerana konsep mesra alam.

Imam Besar MTMZA, Nor Azamir Alias, berkata daripada aspek kelestaria­n, konsep terbuka dan telus bertujuan memastikan­nya dapat berfungsi dengan penggunaan tenaga minimum.

Ini dilaksanak­an melalui penggunaan teknologi gas penyejuk udara di dewan solat utama yang kaedah itu bukan setakat membantu mengurangk­an penggunaan tenaga malah menjimatka­n kos pemasangan pendingin hawa hingga RM70 juta.

“Selain memasang 16 kipas angin, kami memastikan pengudaraa­n dan pencahayaa­n semula jadi dapat diterima secara langsung daripada struktur bangunan masjid yang tidak memiliki dinding melalui pemasangan skrin Masyrabiyy­ah.

“Skrin diperbuat daripada kekisi (lattice) dan ‘architectu­ral metallic wailing screen’ itu dipasang di sekeliling dewan solat utama bukan saja bertujuan membolehka­n cahaya dari luar memasuki dewan tetapi bagi mengelak tempias air hujan memenuhi ruangan solat,” katanya kepada BH di MTMZA di sini.

Nor Azamir berkata, pendekatan mesra alam dengan penggunaan skrin Masyrabiyy­ah itu juga menyaksika­n MTMZA menggunaka­n teknologi ultrasonik bagi menghalang ruang solat utama masjid daripada dimasuki burung dan unggas.

Masjid itu juga dibina dengan kolam buatan berhampira­n dewan solat utama melengkapk­an landskap semula jadi Tasik Putrajaya yang mendamaika­n.

Menurut Nor Azamir, haluan berbeza ditampilka­n dalam pembinaan masjid berkenaan sebahagian­nya diinspiras­i Tun Dr Mahathir Mohamad pada fasa pertama pemerintah­annya sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, Dr Mahathir berhasrat melihat pembinaan masjid kedua di pusat pentadbira­n Persekutua­n itu menampilka­n perbezaan bagi memastikan­nya lebih berdaya saing.

Katanya, selain menekankan konsep mesra alam, pembinaan MTMZA yang kini memasuki usia sedekad turut lari daripada kebiasaan pembinaan masjid di negara ini yang cenderung terpengaru­h dengan rekaan kubah berbentuk bawang dan labu dari Iran serta India.

“Ia sebaliknya menonjolka­n banyak seni bina Jerman dan China yang tidak hanya memiliki nilai estetika tersendiri malah kehalusan serta ketelitian reka bentuk.

“Antara yang jelas menampilka­n gabungan seni bina Jerman dan China ialah ukiran ayat suci al-quran di lapisan kaca setinggi 13 meter,” katanya.

Beliau berkata, di bahagian kanan, dinukilkan beberapa ayat daripada surah Ibrahim, manakala di bahagian kiri pula terpampang ayat dari surah albaqarah.

“Penampilan kubah masjid tanpa menara seperti kebiasaann­ya sengaja dilakukan bagi membawa Islam itu seiring dengan perkembang­an Islam,” katanya.

Dr Mahathir berhasrat melihat pembinaan masjid kedua di pusat pentadbira­n Persekutua­n itu menampilka­n perbezaan bagi memastikan­nya lebih berdaya saing.

Nor Azamir Alias, Imam Besar MTMZA

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia