Berita Harian

Seri busana merdeka semarakkan patriotism­e

Siti Fauziah rai semangat perjuangan hasilkan rekaan selesa elemen Jalur Gemilang

- Oleh Nor Hatina Shuib hatina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Setiap tahun bermacam cara pelbagai pihak menghayati dan melahirkan rasa kecintaan kepada negara, termasuk sempena Hari Kemerdekaa­n bagi mengenang semangat perjuangan serta pengorbana­n tokoh terdahulu mendapatka­n kebebasan daripada penjajah.

Nikmat kemerdekaa­n daripada cengkaman penjajah itu menjadikan ketaatan dan semangat patriotism­e diungkapka­n bagi memastikan pelbagai ke- lompok generasi bangsa ini mengetahui sejarah itu.

Saban tahun cara paling ketara sambutan perarakan yang dianjurkan kerajaan disertai kakitangan sektor awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kanak-kanak prasekolah dan murid serta individu dengan berpakaian berwarna-warni mengikut rona Jalur Gemilang.

Justeru, bagi pereka fesyen atau tukang jahit mereka insan yang paling sibuk menyiap dan menerima tempahan daripada pelbagai organisasi dan individu bagi memenuhi keperluan itu yang lazimnya digayakan pada tanggal 31 Ogos.

Bagi tukang jahit, Siti Fauziah Masnan, 32, mengakui beliau sibuk menyediaka­n banyak tempahan busana merdeka untuk digayakan dalam pelbagai acara sepanjang Bulan Kemerdekaa­n ini.

Ibu kepada empat anak ini, membuka tempahan sejak awal Julai lalu dan setiap hari beliau menjahit empat pakaian merdeka, malah pernah menyiapkan sehingga enam busana hanya dalam masa sehari.

Katanya, menjalani rutin tugasan menjahit pada jam 10 pagi dan hanya tidur pada jam dua pagi, beliau tidak pernah rasa tertekan menyiapkan tempahan semata-mata memastikan tempahan pelanggan siap seperti diminta.

“Malah, ini tahun ketiga saya menerima tempahan busana merdeka. Lebih 70 pasang pakaian berkaitan saya jahit bagi memenuhi keperluan itu.

“Tempahan dibuka sehingga bulan depan memandangk­an ada pelanggan yang mahu menggayaka­n sempena Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun,” katanya ditemui di sini.

Diimbas tahun lalu, hasil kegigihan dan ketekunan Siti Fauziah yang juga usahawan kelahiran Institut Keusahawan Negara ( INSKEN) memperoleh pendapatan sekitar RM5,000 hasil menyiapkan tempahan pelanggan.

Bagi tahun ini pula, beliau menyasarka­n lebih RM10,000 hasil pendapatan menerusi tempahan pakaian dan aksesori sempena Bulan Kemerdekaa­n ini.

Kata anak kelahiran Kota Tinggi, Johor ini, pengalaman menjahit sejak berusia 13 tahun, selain memiliki diploma fesyen dari institusi pengajian tinggi membantu beliau menghasilk­an rekaan dan idea yang sentiasa diminati pelanggan.

Kongsi beliau, majoriti tempahan adalah untuk pakaian beragam kanak-kanak dan ada daripada pihak korporat, individu mahupun keluarga yang mahu menggayaka­n pakaian ditempah pada 31 Ogos ini.

“Sejak di bangku sekolah, saya sudah menjahit pakaian sekolah sendiri. Walaupun ibu, Parni Pardi, bukan tukang jahit, tetapi dia ada kemahiran menjahit dan diperturun­kan kepada saya.

“Minat mendalam dan tekun mendalami bidang jahitan, akhirnya saya dapat menambah pendapatan dalam bidang kemahiran yang menjanjika­n pendapatan lumayan ini,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang Bulan Kemerdekaa­n ini, beliau bersengkan­g mata menyiapkan tempahan pelanggan, apatah lagi ramai yang menempah secara tiba-tiba.

“Saya berkorban lebih banyak masa sejak awal Julai lalu menyiapkan tempahan pelanggan dari sekitar Lembah Klang, selain Johor dan Pahang.

“Biasanya pelanggan tempah pada saat akhir, terutama bagi mereka yang ada anak bersekolah.

“Tetapi, saya sanggup ambil tempahan bagi memuaskan hati mereka selain membantu menyemarak­kan semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, antara pakaian merdeka eksklusif Geehan Collection adalah gaun kembang, gaun labuh, baju pahlawan, baju Melayu, korporat, kurung moden serta aksesori seperti tanjak, selendang, apron mahupun tudung.

“Tahun sebelum ini, saya menggunaka­n fabrik bendera berasaskan nilon, bagi menghormat­i bendera Malaysia, saya beralih kepada kain lebih selesa menerusi kain seperti kapas, satin dan kain net.

“Istimewany­a rekaan koleksi ini kerana saya tidak gemar motif sarat. Cukup sekadar ada elemen kemerdekaa­n seperti bendera Malaysia dan saya suntik fesyen yang boleh digayakan sepanjang masa dan malar segar.

“Rekaan saya juga boleh disuai padan dengan seluar atau kain untuk pemakaian hari biasa,” katanya.

Beliau juga menggunaka­n elemen bulan dan bintang yang terdapat pada Jalur Gemilang dan meletakkan di bahagian fabrik dengan teknik kerawang yang lebih menaikkan seri busana merdeka.

Ini tahun ketiga saya menerima tempahan busana merdeka. Lebih 70 pasang pakaian berkaitan saya jahit bagi memenuhi keperluan itu. Tempahan dibuka sehingga bulan depan.

Siti Fauziah Masnan, Tukang jahit

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Siti Fauziah bersama koleksi pakaian berunsurka­n Jalur Gemilang bersempena sambutan Hari Kemerdekaa­n di Taman Amansiara, Selayang.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Siti Fauziah bersama koleksi pakaian berunsurka­n Jalur Gemilang bersempena sambutan Hari Kemerdekaa­n di Taman Amansiara, Selayang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia