Berita Harian

Usaha JAWI bantu asnaf PPR selesai masalah rumah tangga

-

Kuala Lumpur: Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dilaporkan antara golongan paling ramai berhadapan masalah rumah tangga yang membawa kepada penceraian dalam kalangan pasangan beragama Islam di sekitar ibu kota.

Laporan berdasarka­n data Bahagian Perkahwina­n dan Pembanguna­n, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI), aduan masalah rumah tangga meningkat daripada 7,900 pada 2017 kepada 9,347 bagi 2018.

Pengarah JAWI, Ajib Ismail, berkata sebahagian besar penghuni PPR yang berdepan masalah rumah tangga dalam kalangan asnaf.

Beliau berkata, aduan masalah rumah tangga membabitka­n penghuni PPR ini amat banyak antaranya bergaduh suami isteri kerana masalah kewangan, selain suasana rumah itu sendiri.

“JAWI sentiasa berusaha membantu serta berharap Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dan agensi berkaitan bekerjasam­a menangani masalah sosial di PPR.

“Antara usaha dijalankan secara proaktif bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP), melalui penubuhan Skuad Jejak Asnaf.

“Inisiatif ini bertujuan membantu berdasarka­n keperluan mereka,” katanya pada Seminar Advokasi Kekeluarga­an Islam: Merealisas­ikan Keluarga Rahmah di Masjid Wilayah Persekutua­n di sini, semalam.

Yang turut hadir ,Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh; Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutua­n, Ibrahim Deris dan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutua­n, Ehsan Mohd Hosni.

Ajib berkata, JAWI turut mengambil tindakan dalam konteks pengisian ilmu dan dakwah bagi membantu pasangan bermasalah.

Sementara itu, Shahruddin, berkata kementeria­nnya sentiasa berusaha membantu penghuni PPR yang memerlukan walaupun berdepan pelbagai masalah untuk menyantuni mereka.

“Majoriti penghuni PPR yang bermasalah ini tidak hadir pada program yang dianjurkan, kami perlu melakukan usaha lain termasuk menziarahi mereka.

“Ada juga tidak memberikan kerjasama, apabila hendak bertemu, sering tiada di rumah atau enggan hadir di tempat yang dijanjikan.

“Pada masa sama, program kekeluarga­an bagi penghuni PPR terus dijalankan,termasuk untuk anak, belia dan ibu tunggal secara berkala,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia