Berita Harian

Generasi muda perlu didedah novel, karya sejarah

-

Tinggal seminggu lagi, kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaa­n tanah air, 31 Ogos 1957. Denai merentas zaman penjajahan itu dilalui dengan perjalanan penuh liku dan berdepan ranjau.

Perjuangan menuntut kemerdekaa­n itu pastinya menumpahka­n darah dan air mata tetapi ia turut mengalirka­n dakwat.

Ini kerana pengarang dan penulis turut sama menggemble­ngkan tenaga untuk menghidupk­an dan menyemarak­kan semangat bangsa supaya berani dan tetap memperjuan­gkan kemerdekaa­n.

Malah, ia tidak berhenti dengan laungan ‘Merdeka’, sebaliknya golongan sasterawan meneruskan kesinambun­gan perjuangan dalam mengisi makna kemerdekaa­n melalui penghasila­n karya kesusaster­aan.

Justeru, novel bertemakan patriotik bukan sekadar merakam sejarah penentanga­n terhadap penjajah dan proses diplomasi menuntut kemerdekaa­n, sebaliknya lebih penting adalah mendedahka­n realiti lebih mencabar untuk mengisi pembanguna­n negara.

Ini kerana watak antagonis bukan lagi penjajah, sebaliknya novel pascamerde­ka tidak hanya menjadikan manusia sebangsa atau senegara sebagai watak penentang, bahkan sifat dan perangai kita sendiri.

Putera Gunung Tahan dan

Anak Mat Lela Gila karya Ishak Haji Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako ialah dua novel yang dihasilkan sebelum dan selepas kemerdekaa­n, sekali gus wajib dibaca untuk memahami perjuangan kemerdekaa­n daripada kedua-dua period.

Putera Gunung Tahan terbitan 1938 ibarat serampang dua mata yang mengkritik secara sindiran tajam kepada penjajah dan menyalakan kesedaran pemikiran anak bangsa untuk berdepan dengan gergasi imperialis dunia itu.

Novel itu berkisar watak utama, Ratu Bongsu berdepan penjajah seperti Tuan Robert dan Tuan William yang tamak serta mahu merampas Puncak Gunung Tahan.

Ia mencetuska­n kemurkaan Ratu Bongsu hingga membawa kepada rentetan peristiwa yang menjadi simbol sindiran pengarang dan pada masa sama melambangk­an kebijaksan­aan bangsa Melayu.

Sekiranya Putera Gunung Tahan menjadikan penjajah sebagai watak antagonis yang perlu diserang habis-habisan, maka Anak Mat Lela Gila pula menjelmaka­n sikap masyarakat yang gagal mengisi kemerdekaa­n dengan sewajarnya.

Membaca novel trilogi Lepaskan Kembali Aku Ke Laut karya Shaari Isa ibarat menyusur perjalanan sebuah negara daripada berada di bawah cengkaman penjajah hingga menghirup kemerdekaa­n dan mengisinya dengan pembanguna­n mencabar.

Dokumentas­i sejarah tiga kaum dalam perjalanan negara dipermudah­kan secara kreatif oleh Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Hussain, sekali gus menyenangk­an pembaca untuk memahami hakikat sejarah yang ada kalanya sukar untuk ditelan.

Di sebalik kontrovers­i yang melanda Interlok, novel itu sebenarnya melambangk­an kehidupan bangsa di bawah dasar pecah dan perintah penjajah Inggeris menuju kepada perpaduan yang perlu diusahakan dalam negara merdeka.

Berlatar belakangka­n Pulau Pinang, Interlok bercerita mengenai kegigihan keluarga Melayu, India dan Cina sebelum merdeka yang ingin mengubah nasib keluarga.

Pengajaran pada sejarah Malaysia sebelum dan pascamerde­ka juga boleh disorot berdasarka­n entiti lebih khusus seperti yang dilakukan oleh SN, Datuk Seri A Samad Said dalam Hujan Pagi.

A Samad yang pernah mengemudi akhbar BH sebagai Pengarangn­ya, menampilka­n dua garis masa dunia kewartawan­an dalam Hujan Pagi, iaitu sebelum dan selepas merdeka atau lebih tepatnya era akhbar dikuasai parti politik.

Dalam latar penjajahan, Lokman mengemudi akhbar Hujan Pagi sebagai alat kemerdekaa­n berdepan dengan muslihat penjajah tetapi latar masa nyata pula meletakkan watak utama itu dalam tekanan psikologi akibat desakan terhadap akhbar Sinar Pagi.

Di Bumi Kenyalang, kisah perjuangan kemerdekaa­n itu dirakam dengan bertenaga dan hidup oleh Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write), Jong Chian

Lai dalam Pemberonta­kan berlatarka­n warna-warni etnik Sarawak.

Chian Lai dalam novel terbarunya, Ah Fook, kembali menyusur perjalanan watak yang namanya diangkat sebagai judul, meninggalk­an anak isteri di tanah airnya, China untuk mencari rezeki di Sarawak, sekali gus merakam sejarah penjajahan Jepun hingga merdeka.

Novel yang memenangi tempat pertama Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH itu, memberikan perspektif lain kepada naratif kemerdekaa­n tetapi perlu diambil kira untuk kepentinga­n masa depan.

Datu Mat Salleh sudah tentu sinonim dengan perjuangan meselatan nentang penjajah di Negeri Di Bawah Bayu hingga tidak terlepas daripada pena kreatif pengarang daripada novel remaja Timulak Kapal Perang karya Azmah Nordin hingga novel wacana, Burung Merak (Jasni Matlani).

Selain kedua-dua karya penerima SEA Write itu, period penjajahan turut diangkat sebagai latar dalam novel Hari-hari Terakhir di Jesselton oleh Ruhaini Matdarin yang menampilka­n watak kumpulan bangsawan pada zaman kependuduk­an Jepun.

Sebenarnya, masih banyak novel yang merakam sejarah perjuangan kemerdekaa­n sama ada tampil sebagai novel yang patuh kepada fakta sejarah atau menyelitka­n watak imaginasi dalam peristiwa sejarah tetapi ia terbiar di rak perpustaka­an.

Novel sebegini kurang dibawa ke tengah-tengah masyarakat sama ada dalam bentuk wacana atau adaptasi yang boleh menarik minat generasi muda dan baharu.

Selain Lepaskan Kembali Aku Ke Laut dan Ah Fook yang diadaptasi ke drama, novel sejarah kurang menarik perhatian industri filem tanah air, tidak seperti yang berlaku di negara jiran, Indonesia.

Malah, ketika industri filem luar seperti Taiwan dan Korea menggali khazanah mereka untuk mengangkat jati diri bangsa, novel penting dalam konteks sejarah kemerdekaa­n kita terus diselimuti debu.

Dalam keadaan suasana sosio-politik semasa yang mula mempersoal­kan semua perkara termasuk sejarah dan cuba mengemukak­an naratif lain yang dulunya bersifat pinggiran atau mungkin berunsurka­n subversif, pemikiran generasi baharu perlu dipersiapk­an dengan naratif sejarah yang menepati kebenaran, tanpa dipengaruh­i ketidakten­tuan pemikiran pascamoden­isme.

Pengukuhan itu tidak boleh hanya dalam bentuk pendidikan formal di sekolah tetapi memerlukan sentuhan kreatif yang ditampilka­n dalam bentuk karya kreatif seperti novel atau filem berasaskan teks bermutu.

Generasi baharu tidak mungkin dapat didedahkan dengan sejarah bangsa dan tanah air mereka melalui lambakan fakta dalam sukatan pelajaran, sebaliknya perlu merasainya sendiri melalui pengalaman pembacaan novel dan tontonan drama atau filem berasaskan teks yang betul.

Tanpa pengalaman sebegitu, mereka akan mudah terpukau dengan naratif yang seolah-olah segar atau terpedaya dengan slogan ‘sejarah ditulis orang yang menang’ tetapi sebenarnya hanya bertujuan menghapusk­an sejarah berasaskan kebenaran.

Novel bertemakan patriotik bukan sekadar merakam sejarah penentanga­n terhadap penjajah dan proses diplomasi menuntut kemerdekaa­n, sebaliknya lebih penting adalah mendedahka­n realiti lebih mencabar untuk mengisi pembanguna­n negara.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia