Berita Harian

Indonesia sekat internet elak hasutan

Kandungan provokasi di media sosial amat tinggi

-

Jakarta: Indonesia sudah menyekat akses internet di seluruh wilayah Papua yang masih bergolak susulan rusuhan yang berterusan sejak beberapa hari lalu.

Polis beranggapa­n tindakan itu sebagai menghalang mesej berbaur hasutan daripada dimuat naik dan sekali gus mengelak insiden keganasan di kawasan terbabit daripada terus meningkat.

Keputusan itu dibuat selepas penunjuk perasaan membakar beberapa bangunan, pasar dan penjara, berikutan layanan tidak sewajarnya terhadap golongan pelajar dan insiden diskrimina­si etnik.

Sejurus itu, Indonesia melambatka­n perkhidmat­an internet beberapa hari lalu untuk menghalang sebarang unsur provokasi dan berita palsu yang mensasarka­n penduduk etnik Melanesia di Papua.

Namun, perkhidmat­an itu ditutup terus lewat kelmarin walaupun pengguna dikatakan masih dapat melayari blok.

"Kandungan provokasi dan rasis amat tinggi dan ia menjadi viral," kata jurucakap kementeria­n komunikasi, Ferdinandu­s Setu kepada AFP.

Sementara itu, menteri keselamata­n, Wiranto, semalam menggesa ketenangan dapat dikekalkan ketika dia merujuk Papua sebagai wilayah “anak emas”.

“Perpaduan Indonesia tidak dapat dirunding,” kata beliau. “Usah biarkan unsur negatif memecah belahkan kita.”

Di Denpasar, Bali, berpuluhpu­luh orang mengadakan perhimpuna­n sebagai membantah keadaan di Papua.

“Ini adalah diskrimina­si dan rasis,' kata pemimpin perarakan, Jeeno Dogomo sebagai merujuk kepada penahanan pelajar di Surabaya.

“Rusuhan ini bukan saja berlaku kerana insiden di Surabaya. Ia juga berpunca daripada apa yang sudah berlaku sebelum ini serta penderaan dialami warga Papua.”

Polis turut menghantar 1,200 anggota tambahan ke Papua bagi mengawal keganasan di beberapa bandar, termasuk Timika sejak Isnin lalu.

Menteri Keselamata­n, ketua polis dan komander tentera dilaporkan tiba di bandar Sorong, semalam untuk memantau keadaan tetapi tiada demonstras­i dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan. REUTERS

 ?? (Foto ?? Pelajar Papua yang menyertai perhimpuna­n menolak barisan depan anggota polis dan tentera di hadapan ibu pejabat tentera di Jakarta, semalam. AFP)
(Foto Pelajar Papua yang menyertai perhimpuna­n menolak barisan depan anggota polis dan tentera di hadapan ibu pejabat tentera di Jakarta, semalam. AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia