Berita Harian

Barcelona kembali bersemanga­t

-

Madrid: Lionel Messi melonjakka­n semangat Barcelona apabila kembali menjalani latihan bersama keseluruha­n skuad, kelmarin selepas tersisih susulan kecederaan betis.

Messi berlatih bersendiri­an pada sesi pagi sebelum menyertai rakan sepasukann­ya di sebelah petang sekali gus meningkatk­an peluang kapten Barca itu diturunkan ketika perlawanan La Liga menentang Real Betis, Ahad ini.

Bintang Argentina itu mengalami ketegangan betis pada sesi latihan pertamanya sejak pulang dari kempen Copa America, 5 Ogos lalu sekali gus terlepas aksi pramusim bersama pasukannya.

Tetapi, ia tetap satu kejutan jika Messi disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama di Nou Camp dengan jurulatih, Ernesto Valverde jelas teruja untuk membenarka­n bintang utamanya itu kembali beraksi selepas kekalahan mengejut 0-1 pasukannya kepada Athletic Bilbao dalam aksi pembukaan liga minggu lalu.

Selain Messi, beberapa penyerang Barca turut cedera.

Penyerang Uruguay, Luis Suarez dijangka terpaksa diketepika­n sebulan selepas dipalit kecederaan betis dalam aksi bertemu Bilbao dan Ousmane Dembele mengalami masalah hamstring dan memerlukan lima minggu untuk pulih.

Antoine Griezmann, pemain yang dibeli dengan nilai 120 juta euro (RM555.66 juta) dari Atletico Madrid menjadi satu-satunya penyerang yang masih cergas dengan Rafinha dan pemain berusia 21 tahun, Carles Perez menjadi pilihan untuk berganding­an dengannya.

Kekurangan pemain di jentera serangan turut meningkatk­an spekulasi bintang Paris Saint-germain, Neymar mungkin pulang semula ke Nou Camp sebelum jendela perpindaha­n di Sepanyol ditutup pada 2 September ini. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia