Berita Harian

Mampu benam Liverpool

Ujian sebenar Arsenal Ahad ini

-

Manchester: Dua pasukan terakhir yang masih mengekalka­n rekod 100 peratus Liga Perdana Inggeris musim ini akan bertembung Ahad ini apabila Liverpool melayan kunjungan Arsenal berwajah baharu di Anfield.

Gunners kendalian Unai Emery bermula garang musim ini dengan kemenangan di Newcastle dan laman sendiri bertemu Burnley tetapi mereka perlu melihat jauh ke belakang untuk menyedari ia adalah cabaran yang berbeza.

Pada Disember, walaupun musim pertama Emery dilihat ada kemajuan, Arsenal dibelasah 5-1 di Anfield dengan penyerang Brazil Roberto Firmino meledak hatrik.

Dua lagi pertemuan di Anfield sebelum itu berakhir dengan kekalahan 4-0 dan 3-1 untuk Arsenal yang dikendali Arsene Wenger.

Bagaimanap­un, ada sinar baharu dalam skuad Gunners musim ini selepas perpindaha­n yang memberangs­angkan ketika musim panas.

Pemain tengah Sepanyol Dani Ceballos yang dipinjam dari Real Madrid antara paling menyerlah selain pertahanan Brazil David Luiz yang bermula baik.

Harapan tinggi turut diletakkan ke atas Nicolas Pepe, yang mampu mencorak serangan untuk gandingan Alexandre Lacazette dan Pierre-emerick Aubameyang di barisan depan.

Pepe ditandatan­gani dari Lille pada rekod tertinggi kelab, 72 juta pound (RM364.8 juta) belum diturunkan dalam kesebelasa­n utama tetapi menunjukka­n kemampuann­ya ketika masuk sebagai pemain gantian dalam kemenangan 2-1 ke atas Burnley.

Juara Eropah Liverpool, bagaimanap­un sudah menyamai rekod kelab dengan 11 kemenangan berturut-turut Liga Perdana Inggeris dan belum tewas di laman sendiri sepanjang dua musim lalu - kali terakhir tewas di Anfield ialah pada April 2017 di tangan Crystal Palace.

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp masih tidak dapat menurunkan penjaga gol utamanya Alisson Becker, dan tugas itu akan terus dipikul Adrian.

Juara bertahan Manchester City, terikat di laman sendiri bertemu Tottenham Hotspur minggu lalu, bertandang ke Stadium Vitality bertemu Bournemout­h pada Ahad.

Spurs pula akan menentang pasukan bergelut Newcastle yang tewas dua perlawanan awal di bawah pengendali baharu, Steve Bruce.

Aston Villa yang kembali ke Liga Perdana, masih memburu mata pertama dan akan melayan kunjungan Everton yang mungkin berpeluang mengisi kelompok enam teratas musim ini.

Manchester United yang diikat Wolverhamp­ton Wanderers pada Isnin, akan menerima kunjungan Crystal Palace di Old Trafford pada Sabtu.

Perlawanan berkenaan akan menyaksika­n pertahanan baharu, Aaron Wan Bissaka menentang kelab lamanya.

REUTERS

 ??  ?? Arsenal bermula garang musim ini dengan kemenangan menentang Newcastle dan Burnley.
Arsenal bermula garang musim ini dengan kemenangan menentang Newcastle dan Burnley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia