Berita Harian

Fatehah tak berkarat

Bekas pelumba negara mara ke final acara pecut Piala Trek Asia Tenggara

- Oleh Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Nilai: Kali terakhir menaiki podium tahun lalu, pelumba wanita negara Fatehah Mustapa membuktika­n taringnya masih berbisa apabila berjaya mencipta rekod peribadi terbaiknya tahun ini, sekali gus merangkul pingat perak acara pecut pada Grand Prix Piala Trek Asia Tenggara 2019 di Velodrom Nasional, Nilai di sini, semalam.

Biarpun persembaha­nnya kelihatan merudum sejak digugurkan daripada skuad Sukan Asia 2018 Indonesia, Fatehah membuktika­n pengalaman­nya masih berharga apabila mencatatka­n masa terbaik tahun ini 11.248 saat (s) pada pusingan kelayakan.

Rekod peribadiny­a sebelum ini adalah 11.1s pada siri Piala Dunia 2015 di Paris.

Fatehah yang terpaksa bersaing hingga ke tiga pusingan bagi menewaskan pelumba Hong Kong, Li Yin Yi dalam pusingan separuh akhir bagaimanap­un tewas dalam kedua-dua pusingan final kepada pelumba Indonesia, Crismonita Dwi Putri.

“Alhamdulil­lah saya dapat melakukan catatan peribadi terbaik dan mara ke final pun sudah menjadi bonus buat saya selepas digugurkan daripada Sukan Asia.

“Kejayaan ini pembakar semangat buat saya menjelang Kejohanan Berbasikal Asia di Korea Selatan (Oktober ini) tetapi saya sudah keletihan di final kerana perlu bersaing tiga pusingan di separuh akhir,” katanya yang kali terakhir menaiki podium pada Kejohanan Trek Asia di India tahun lalu apabila memenangi dua perak.

Pelumba berumur 30 tahun itu berkata, sokongan keluarga memberinya kekuatan untuk membuat kemunculan semula, jika tidak dia mungkin mengambil keputusan untuk bersara.

Dua lagi wakil negara yang diharap menyerlah - Farina Shawati Mohd Adnan dan Anis Amira Rosidi dari pasukan Yayasan Sime Darby (YSD) terkandas pada pusingan suku akhir.

Sementara itu, jaguh pecut negara Azizulhasn­i Awang yang mewakili Team Azizul tidak berdepan masalah untuk memenangi emas acara pecut lelaki apabila menewaskan pelumba Gyeongsang­bukdo Sports Council dari Korea Selatan, Jeone Park dalam kedua-dua pusingan.

“Tak adalah senang mana. Saya yang buatkan perlumbaan itu nampak senang,” kata Azizulhasn­i yang menekankan lebih aspek taktikal pada perlumbaan itu.

Katanya, persiapann­ya kini berada di landasan tepat menuju ke persiapan ACC di Korea Selatan.

“Selepas kembali dari Eropah, saya berjaya tambah berat jisim otot tujuh kilogram dan selepas pulang ke Melbourne nanti baru saya fokus untuk capai kepantasan yang dimahukan,” katanya mengenai tahap kecergasan­nya kini yang belum mencapai 100 peratus.

Pelumba Indonesia, Puguh Admadi pula menewaskan pelumba YSD, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang demam dalam kedua-dua pusingan untuk membawa pulang gangsa.

 ?? (Foto Iqmal Haqim Rosman/bh) ?? Aksi Fatehah (kanan) ketika final acara pecut Kejohanan Grand Prix Piala Trek Asia Tenggara 2019, semalam.
(Foto Iqmal Haqim Rosman/bh) Aksi Fatehah (kanan) ketika final acara pecut Kejohanan Grand Prix Piala Trek Asia Tenggara 2019, semalam.
 ??  ?? Fatehah dan Azizul bersama medal kemenangan masing-masing.
Fatehah dan Azizul bersama medal kemenangan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia