Berita Harian

Oltmans gesa jangan panik

-

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih hoki negara, Roelant Oltmans tidak berganjak dengan pendiriann­ya bahawa Malaysian Tigers melalui tempoh sebulan yang berguna meskipun beberapa kali dilanyak pasukan utama dunia.

Ia susulan tindakan Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal menyatakan rasa kurang senangnya dengan pencapaian terbaru skuad negara pada Kejohanan Ujian Sukan Olimpik di Tokyo yang berakhir, kelmarin.

Bagi Oltmans, 66, dia akur menerima pandangan majikannya itu, namun dalam masa sama berharap semua pihak melihat keputusan itu daripada sudut berbeza.

“Anda mungkin tidak gembira dengan keputusan, tetapi berbeza dengan persembaha­n. Anda juga perlu melihat keputusan daripada sudut berbeza kerana kami sedang mempersiap­kan pasukan untuk meraih keputusan yang positif pada Oktober nanti.

“Sukar untuk pemain mencapai kemuncak dalam tempoh sebulan yang padat dengan 13 perlawanan, empat hari perjalanan antara dua venue dan perbezaan waktu yang ketara. Sukar sebenarnya.

“Kami sedar mengenainy­a tetapi tetap memilih meneruskan program sedemikian dengan matlamat bagi menghadapi aksi kelayakan terakhir Sukan Olimpik,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Malaysia mengharung­i detik sukar di Tokyo apabila tewas dalam semua empat aksi - India (6-0), Jepun (3-1), New Zealand (3-1) sebelum diaibkan sekali lagi oleh Jepun 6-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga.

Aksi di Tokyo sebahagian daripada persiapan fasa akhir Malaysia untuk menghadapi perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2020 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia