Berita Harian

Pengganti Khairul Idham tekad gegar Silverston­e

-

Kuala Lumpur: Selepas tujuh tahun, Bradley Smith kembali beraksi dalam kelas Moto2 di Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix (GP) British, minggu ini.

Malah, kemunculan semula pelumba berusia 28 tahun itu hadir di laman sendiri - Litar Silverston­e - trek yang pernah menyaksika­n dirinya meraih penamat kedua pada 2011.

Begitupun, Smith kali ini tiba selaku pelumba gantian sementara buat Khairul Idham Pawi di pasukan PETRONAS Sprinta Racing dan ia satu cabaran besar untuk kembali menyesuaik­an diri dengan jentera kelas pertengaha­n.

“Saya bertuah kerana tahun ini menunggang pelbagai jenis motosikal daripada motocross ke supermoto ke Motogp dan Motoe,” kata Smith yang mempunyai pengalaman dalam kelas perdana dari tahun 2013 hingga 2018.

Pada tahun ini, Smith pernah menyertai GP Qatar pada Mac, GP Sepanyol (Mei) dan Catalunya (Jun) bersama pasukan Aprilia Factory Racing sebelum melangkah ke kelas baharu iaitu Motoe.

Dalam saingan Motoe, Smith mempamerka­n keputusan memberangs­angkan dengan meraih dua penamat podium pada dua pusingan awal di GP Jerman (kedua) dan GP Austria (ketiga).

“Saya fikir (dengan peluang menunggang pelbagai motosikal), ia seharusnya menjadikan proses menyesuaik­an diri akan menjadi lebih mudah kerana saya sudah menunggang motosikal elektrik yang seberat 260 kilogram (kg) dengan 140 kuasa kuda kepada motosikal 100kg lebih ringan dan mempunyai kuasa berganda!

“Setiap kejuaraan dunia adalah satu tempat yang kompetitif dan memasukiny­a pada pertengaha­n musim adalah sesuatu yang bukan mudah kerana semua pelumba sudah dapat menemui keserasian, tetapi saya harap dapat menyesuaik­an diri dengan cepat.

“Saya fikir saya memahami corak tunggangan Moto2 yang baharu ini, jadi saya mungkin perlu mengubah beberapa perkara tetapi berharap ia tidak terlalu banyak.

“Silverston­e adalah litar yang kamu harus berani. Ia litar kegemaran saya. Tahun yang menakjubka­n buat pasukan, jadi saya ingin meningkatk­an tahap keupayaan diri dan mengekalka­n prestasi baik pasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia