Berita Harian

Misi khas Veteran Selangor

Mahu menang mutlak ke atas sahabat lama

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pasukan Veteran Selangor memiliki misi tersendiri pada aksi Piala Sultan Selangor 2019 bertemu pasukan Veteran Singapura di Stadium Shah Alam Sabtu ini - iaitu mahu memenangi trofi dalam aksi masa sebenar.

Meskipun bergelar juara edisi lalu, pemain Veteran Selangor, P Maniam mahukan kemenangan mutlak buat mereka memandangk­an trofi 2018 dimenangi mereka menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Malah, penganjura­n pertanding­an trofi berprestij itu yang hampir dengan sambutan Hari Kebangsaan turut membuatkan semangat pemain Veteran Selangor melonjak bagi memastikan kejuaraan itu kekal di bumi Selangor.

“Kalau boleh, kami mahu memenangi perlawanan kali ini. Bukan hanya seri dan kemudian memenangin­ya dengan sepakan penalti.

“Bagi saya, Piala Sultan Selangor adalah satu aksi yang besar dan mengimbau kembali kenangan pemain kedua-dua pasukan. Sudah tentu kami mahu mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu.

“Persiapan berjalan lancar dengan kita mengharung­i beberapa aksi persahabat­an sebelum ini. Semua pemain begitu teruja untuk bertemu semula sahabat lama di atas padang dan semoga kita memenangi Piala Sultan Selangor sebagai hadiah Hari Kebangsaan,” katanya.

Sebagai rekod, edisi 2018 menyaksika­n Selangor menyapu bersih semua kategori dipertandi­ngkan iaitu Piala Sultan Selangor, Piala Veteran dan Piala Cabaran Sekolah Singapura-selangor Bawah 16 Tahun.

Pemain Veteran Selangor yang akan beraksi membabitka­n legenda daripada pelbagai generasi antaranya Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, Reduan Abdullah, Khalid Ali, Zainal Abidin Hassan, K Gunalan, V Murugan, Shahril Majid, Mubin Mokhtar, Shahril Arsat dan Asmawi Bakiri.

Veteran Singapura pula akan membariska­n antaranya Ho Kwang Hock, Ishak Saad, Malek Awab, Fandi Ahmad, Kamarulzam­an Zainal, Samad Allapitcha­y, E Manimohan dan Gusta Guzarisha.

Sementara itu, penyokong yang membanjiri Stadium Shah Alam berpeluang memenangi sebuah kereta Honda City dan motosikal Harley Davidson yang disediakan penganjur menerusi cabutan bertuah.

 ?? (Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) ?? Pemain veteran Selangor, Karim Pin dikawal ketat dua pemain veteran Singapura pada aksi Piala Sultan Selangor, tahun lalu.
(Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) Pemain veteran Selangor, Karim Pin dikawal ketat dua pemain veteran Singapura pada aksi Piala Sultan Selangor, tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia