Berita Harian

Cheng Hoe tak takut ‘Garuda Celup’

Harimau Malaya berdepan ujian getir 5 September ini

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur:

‘Garuda Celup!’

Ia harus menjadi amaran awal kepada skuad bola sepak kebangsaan menjelang aksi pertama Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia, 5 September ini.

Ini kerana musuh tradisi itu tampak begitu serius menghadapi kempen kelayakan kali ini apabila pengendali skuad Garuda, Simon Mcmenemy membariska­n enam pemain naturalisa­si bagi memantapka­n pasukannya. Awas dengan

Enam pemain terbabit ialah Otavio Dutra (Persebaya); Victor Igbonefo (PTT Rayong); Stefano Lilipaly (Bali United); Greg Nwokolo (Madura United); Alberto Goncalves (Madura United) dan Osas Saha (Tira-persikabo) dengan dua daripadany­a beraksi di bahagian pertahanan, sementara empat membarisi bahagian serangan.

Keadaan itu sekali gus menyaksika­n Indonesia yang bukan setakat beraksi di laman sendiri pada aksi pertama - mempunyai kelebihan besar dari segi pemain yang dimiliki mereka untuk berdepan cabaran Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Mengakui situasi itu, pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagaimanap­un tidak menghirauk­an pendekatan yang diambil oleh pasukan lawan, namun tetap berjaga-jaga memandangk­an kehadiran pemain naturalisa­si pasti membantu memantapka­n lagi pasukan lawan.

“Semua pasukan sudah tentu mahu membariska­n pemain yang terbaik pada pusingan kelayakan kerana mahu mendapatka­n keputusan yang positif. Masing-masing mengimpika­n untuk beraksi di pentas tertinggi iaitu Piala Dunia.

“Namun bagi saya, kita tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kekuatan lawan. Fokus ketika ini adalah untuk mempersiap­kan pasukan supaya dapat bersedia sepenuhnya bagi pusingan kelayakan ini.

“Apapun, kita perlu berhatihat­i kerana jika hendak dibandingk­an dengan barisan pemain Indonesia pada Piala AFF 2018, pemain mereka pada kempen kelayakan kali ini nampak lebih baik,” katanya.

Sebagai rekod, pusingan kedua kelayakan kali ini menyaksika­n skuad negara diundi dalam satu kumpulan bersama Thailand, Vietnam, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bagi saya, kita tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kekuatan lawan. Fokus ketika ini adalah untuk mempersiap­kan pasukan supaya dapat bersedia sepenuhnya bagi pusingan kelayakan ini.

Tan Cheng Hoe, Pengendali skuad kebangsaan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia