Berita Harian

Hanya 3,000 tiket untuk penyokong Malaysia

-

Kuala Lumpur: Aksi membabitka­n Malaysia dan Indonesia yang sering kali ‘panas’ sekali lagi menimbulka­n kerisauan menjelang pertemuan keduadua pasukan pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Dijadual berlangsun­g di Stadium Utama Gelora Bung Karno, 5 September ini, isu keselamata­n sekali lagi menjadi tumpuan apatah lagi pemain skuad negara tanpa mengira peringkat usia pernah melalui detik ‘menakutkan’ setiap kali beraksi di negara itu.

Antaranya, insiden pada final pertama Piala AFF 2010 yang menyaksika­n pemain Malaysia terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke stadium dan juga pulang ke hotel selain insiden sama berulang pada Sukan SEA 2011.

Malah, pada aksi Kejuaraan Bawah 19 tahun (B-19) 2018 di Indonesia, pemain negara diserang penyokong tuan rumah yang membaling botol minuman dan batu selepas mereka tewas 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada peringkat separuh akhir.

Bagaimanap­un, insiden lalu jelas memberi pengajaran kepada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dengan Setiausaha Agungnya, Ratu Tisha Destria memberi jaminan Harimau Malaya akan mendapat sambutan baik untuk mengharung­i perlawanan di Stadium Utama Gelora Bung Karno itu.

“Kami akan cuba sebaik mungkin supaya perlawanan berlangsun­g dengan baik, lancar, aman dan tertib. Kami sedia memenuhi beberapa permintaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung pelaksanaa­n pertanding­an yang bersesuaia­n dengan peraturan ditetapkan.

“FAM juga meminta jaminan keselamata­n buat pasukan kebangsaan Malaysia bermula dari waktu ketibaan, sesi latihan, tempat tinggal dan waktu perlawanan. Sudah tentu PSSI akan memberi jaminan ini kepada Malaysia,” katanya menerusi laman rasmi PSSI.

Dalam perkembang­an sama, Ratu Tisha mengesahka­n sebanyak 3,000 tiket akan diperuntuk­kan buat penyokong Harimau Malaya yang berhasrat untuk bertandang ke stadium bagi menyaksika­n perlawanan itu.

“Kami sudah menyiapkan 3,000 tiket untuk penyokong Malaysia dan mereka juga akan ada akses tertentu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia