Berita Harian

Laporan wartawan BH diiktiraf MFL

-

Petaling Jaya: Laporan Liga Malaysia (Liga M) yang disiarkan BH Sukan diiktiraf apabila memenangi Anugerah Bulanan Media (ABM) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi Mac dan April lalu.

Wartawan BH Sukan, Mohd Fitrie Muhamad dan Zulfaizan Mansor dipilih sebagai penerima ABM bagi kategori Media Cetak Terbaik Mac hasil artikel bertajuk ‘Hasil pendekatan Irfan, Ismail wajar dicontohi’ susulan laporan khas berkaitan pemain import di Liga M.

Sebelum ini, Zulfaizan memenangi kategori Media Cetak Terbaik Februari menerusi artikel ‘From Cambodia with Love’.

Bagi pemenang ABM April, wartawan New Straits Times, Farah Azaharie dinobatkan sebagai pemenang ABM kategori Media Cetak Terbaik menerusi penyertaan bertajuk ‘Mad enough to fill PKNS FC boots’ disusuli wartawan sambilan BH biro Pahang, Asrol Awang yang memenangi kategori Media Online Terbaik hasil artikel berjudul ‘Lontaran jauh Anwar bawa tuah’.

“Kami sangat bersyukur kerana inilah yang dimahukan oleh setiap agensi media tempatan di mana artikel mereka dihargai, khususnya mendapat pengiktira­fan daripada MFL sendiri.

“Terima kasih kepada rakan saya, Zulfaizan kerana berkongsi idea untuk menghasilk­an artikel berkualiti. ABM adalah satu langkah yang wajar dipuji dan secara tidak langsung menunjukka­n Liga M sebenarnya memiliki banyak platform positif untuk diketengah­kan,” kata Fitrie.

Setiap pemenang menerima trofi dan wang tunai RM500 yang disampaika­n oleh Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd.

Dalam anugerah lain menyaksika­n Koppa TV dipilih sebagai pemenang ABM untuk kategori Media Elektronik Terbaik untuk Mac menerusi penyertaan mereka yang berjudul ‘Kenapa Perlis boleh masuk Liga Premier 2019’.

Sementara itu, juara ABM kategori Media Online Terbaik Mac dimenangi wartawan Foxsports, Muhammad Aiman Aminul dengan penyertaan artikel bertajuk ‘Faiz Nasir buktikan mat jenin juga menjadi raja’.

Trofi ABM kategori Foto Terbaik Mac menjadi milik jurufoto Malaysia Gazette, Affan Fauzi, manakala Foto Terbaik April dimenangi jurufoto dari Bernama, Muhammad Amirul Azmi.

 ??  ?? Fitrie (kanan) bersama pemenang ABM MFL.
Fitrie (kanan) bersama pemenang ABM MFL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia