Berita Harian

Tiada alasan buat JDT

Corbin-ong akui teknologi tinggi bantu Harimau Selatan cergas

-

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta‘zim (JDT) tidak patut kalah pada aksi Piala Malaysia menentang PKNP FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Ini kerana dengan kemudahan dan fasiliti berkelas dunia tampak memberikan kelebihan besar kepada pemain Harimau Selatan dalam misi menebus kehampaan mereka selepas sekadar terikat 2-2 dengan lawan itu di Manjung, minggu lalu.

Pertahanan kiri pasukan itu, La’vere Corbin-ong mengakui persiapan pasukan berjalan dengan lancar dan sangat baik sekali gus menyaksika­n semangat mereka begitu melonjak untuk berdepan PKNP FC di laman sendiri.

Katanya, pendekatan JDT yang menggunaka­n sepenuhnya teknologi dan kepakaran sains sukan membolehka­n pemain sentiasa kekal cergas dan berada dalam keadaan yang terbaik serta bersiap sedia untuk diturunkan dalam mana-mana perlawanan.

“Kami sudah menjalani sesi pemulihan yang baik sepanjang minggu ini. Terima kasih diucapkan kepada barisan kejurulati­han, fisioterap­i serta mesin-mesin berteknolo­gi tinggi yang disediakan oleh ‘The Boss’ kerana ia membantu kami mempersiap­kan diri dari segi mental dan fizikal.

“Kepada penyokong, hadirlah beramai-ramai ke Larkin esok (malam ini) dan bersorak bersama kami. Kami akan menjadi lebih kuat dengan adanya sokongan daripada anda semua,” katanya menerusi laman Johor Southern Tigers, semalam.

Kemenangan ke atas PKNP FC akan membolehka­n JDT yang belum lagi tewas dalam tiga aksi sebelum ini menghimpun 10 mata dan mencerahka­n peluang mereka untuk mara ke suku akhir dengan baki dua perlawanan.

Namun, mereka tidak boleh selesa memandangk­an pencabar terdekat, PJ City FC memiliki enam mata di mana kemenangan mereka ke atas UITM FC pada aksi Ahad menyaksika­n mereka akan terus menghambat juara Liga Super itu untuk perebutan juara Kumpulan B.

Malah, PKNP FC yang kini menghuni tangga ketiga dengan empat mata masih berpeluang ke suku akhir sekiranya memenangi baki tiga aksi termasukla­h menentang JDT.

 ?? (Foto FB JOHOR Southern Tigers) ?? Pemain JDT menjalani latihan menjelang aksi menentang PKNP FC malam ini
(Foto FB JOHOR Southern Tigers) Pemain JDT menjalani latihan menjelang aksi menentang PKNP FC malam ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia