Berita Harian

Janji dua tonggak TFC, Negeri Sembilan

-

Kuala Terengganu: Penyerang sensasi Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche melaungkan keyakinan mampu ‚mengganas‘ lagi apabila pasukannya berdepan Negeri Sembilan pada aksi Kumpulan A saingan Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Pada aksi pusingan pertama Sabtu lalu, pemain kelahiran Ivory Coast itu muncul watak pemusnah selepas melakar hatrik sekali gus membantu skuad Penyu menumpaska­n skuad Hobin Jang Hobin 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

“Kami bawa semangat yang membara dari Terengganu untuk menang dalam perlawanan ini. Itu matlamat utama kami selepas menumpaska­n pasukan Negeri Sembilan pada aksi pusingan pertama di tempat sendiri,” kata Tchetche.

“Saya begitu gembira dapat menjaringk­an tiga gol, saya mahu mengulangi­nya di tempat lawan tetapi apa yang lebih penting ialah kemenangan pasukan menjadi keutamaan kami, siapa yang jaringkan gol itu tidak begitu penting.

“Jadi kami perlu memberikan tumpuan 100 peratus untuk menang bagi mengukuhka­n kedudukan selepas mengutip sembilan mata setakat ini, sekali gus mengesahka­n tempat ke suku akhir,” katanya.

Sementara itu, penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Kaharuddin Abd Rahman bertekad memberikan kemenangan sulung kepada penyokong setia Hobin Jang Hobin.

“Perlawanan menentang TFC ibarat ‚hidup mati‘ pasukan kerana ia boleh disifatkan peluang terakhir bagi kami untuk membawa pasukan meneruskan cabaran dalam kempen musim ini.

“Justeru, kami perlu mendapatka­n tiga mata supaya perjuangan pasukan untuk memperbaik­i pencapaian dan melayakkan diri ke suku akhir tidak tersasar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia