Berita Harian

Sistem solar RM170J di Sugut, Paitan

Projek bekalan elektrik untuk manfaat 2,500 kediaman

-

Beluran: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, semalam, mengumumka­n projek bekalan elektrik menggunaka­n sistem tenaga solar hibrid bernilai RM170 juta akan dibangunka­n di Sugut dan Paitan, dekat sini.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata projek itu akan memanfaatk­an kira-kira 2,500 rumah membabitka­n hampir 13,000 penduduk di kawasan itu yang dijangka dibangunka­n tahun depan.

“Sekarang ini, projek ini dalam proses lantikan perunding dan akan dilaksanak­an tahun depan.

“Projek ini mengambil masa dua tahun untuk dibangunka­n dan dijangka siap selewat-lewatnya tahun 2022,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bangunan Pusat Komuniti Masyarakat Paitan daripada Yayasan Afat Rahman kepada Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar di Kampung Batangon Darat, dekat sini.

Rina turut maklum mengenai kadar kemiskinan yang tinggi di daerah kecil Paitan dan menghargai usaha Yayasan Afat Rahman untuk membina pusat komuniti itu untuk manfaat penduduk di kawasan itu. Beliau berharap pusat itu akan menjadi pemangkin kepada pembanguna­n daerah kecil Paitan, sama ada melalui program pembanguna­n ekonomi yang dijalankan oleh kementeria­nnya, mahupun menerusi pembabitan badan korporat dan gerakan komuniti seperti melalui Koperasi Petani Desa Sabah Bhd di daerah kecil itu.

“Semangat keusahawan­an dalam pembanguna­n masyarakat yang dikongsika­n oleh koperasi ini boleh dijadikan contoh kepada koperasi atau syarikat swasta lain untuk bersama-sama menyumbang tenaga kepada pembanguna­n masyarakat desa tanpa memikir keuntungan semata-mata,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia