Berita Harian

DBKK dapat RM1 juta untuk urus sampah

-

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri memperuntu­kkan RM1 juta untuk pengurusan sampah kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pada tahun lalu pihak pengurusan DBKK hanya mendapat peruntukan yang kecil untuk membersihk­an sampah kira-kira 800 tan sampah setiap hari.

“Saya difahamkan, pada tahun lalu mereka (DBKK) hanya ada peruntukan yang kecil untuk pengurusan sampah sedangkan kira-kira 800 tan sampah dikutip sekitar bandar raya setiap hari.

“Ini membabitka­n pelbagai jenis sampah daripada botol hingga plastik. Justeru, kerajaan memperuntu­kkan sebanyak RM1 juta untuk pengurusan sampah kepada DBKK,” katanya dalam sidang media selepas melancarka­n KK Moving Forward di Dewan Bankuasi, Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Arifin Asgali dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata tiada ertinya sesebuah bandar raya itu mempunyai bangunan mencakar langit jika warganya tiada nilai-nilai sivik seperti menjaga kebersihan dan keindahan bandar raya itu.

Mengenai KK Moving Forward, beliau berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan usaha dibuat DBKK itu.

“Kita mengalu-alukan perancanga­n dan hala tuju DBKK dalam usaha untuk menjadi bandar raya yang indah, bersih sekali gus menarik seramai mungkin pelancong,” katanya.

Terdahulu Nordin dalam ucapannya, berkata KK Moving Forward akan menumpukan kepada enam pengkhusus­an utama iaitu menjadikan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya bersih, hijau dan berdaya huni.

 ?? [Foto Malai Rosmah Tuah /BH] ?? Mohd Shafie diiringi Nordin (dua dari kanan) pada pelancaran KK Moving Forward di Dewan Bankuasi Utama, Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, Kota Kinabalu, semalam.
[Foto Malai Rosmah Tuah /BH] Mohd Shafie diiringi Nordin (dua dari kanan) pada pelancaran KK Moving Forward di Dewan Bankuasi Utama, Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia