Berita Harian

Peruntukan tambahan baiki sekolah daif di Sabah

-

Kota Kinabalu: Kementeria­n Pendidikan akan menyediaka­n peruntukan tambahan untuk membaiki sekolah daif di Sabah bagi tahun ini.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching, bagaimanap­un berkata, pengumuman akan dibuat kemudian selepas memperoleh maklumat lengkap mengenainy­a.

“Ya, memang ada (peruntukan) tapi kita akan buat pengumuman rasmi selepas dapat semua maklumat,” katanya kepada pemberita selepas melawat pelaksanaa­n projek pembinaan bangunan baharu Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, semalam.

Yang turut hadir ialah Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, Datuk Dr Yusof Yacob; Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin dan Pengarah IPG Kampus Gaya, Gerturude Jock.

Nie Ching berkata demikian ketika ditanya sama ada Kementeria­n Pendidikan menyediaka­n peruntukan tambahan menangani isu sekolah daif di negeri ini.

Sebelum ini, kerajaan Pusat hanya menyediaka­n RM10 juta untuk membina bangunan baharu tiga sekolah daif di Sabah pada tahun ini iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai-sungai, Beluran (RM6 juta); SK Nibang, Pitas (RM3 juta) dan SK Tiong Wido, Tambunan (RM1 juta).

Bagaimanap­un, pada Jun lalu, Dr Yusof berkata, Sabah menerima peruntukan kecemasan RM78 juta lagi bagi membina bangunan baharu 15 sekolah daif sebagai tambahan kepada peruntukan awal RM10 juta itu.

Terdahulu, Nie Ching berkata, projek pembinaan bangunan baharu pentadbira­n dan sebuah auditorium berkapasit­i 1,500 orang di IPG Kampus Gaya yang bermula 10 Jun lalu membabitka­n peruntukan RM58 juta.

“Pembinaan kampus IPG ini dulu sebahagian besarnya menggunaka­n pasir laut menyebabka­n struktur bangunan blok pentadbira­n dan blok lain mengalami rekahan rasuk dan tiang yang serius,” katanya.

Beliau berkata, projek berkenaan yang diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk pelaksanaa­n dijadual siap pada Mac 2021.

 ?? [Foto Edmund Samunting /BH] ?? Nie Ching diiringi Dr Yusof (kiri) dan Jock (kanan) meninjau tapak projek pembinaan bangunan baharu dan auditorium IPG Kampus Gaya di Kota Kinabalu, semalam.
[Foto Edmund Samunting /BH] Nie Ching diiringi Dr Yusof (kiri) dan Jock (kanan) meninjau tapak projek pembinaan bangunan baharu dan auditorium IPG Kampus Gaya di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia