Berita Harian

We Liang didakwa bunuh Syed Muhammad Danial

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

- (Foto Aizuddin Saad/bh)

Yew Wei Liang didakwa menyebabka­n kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampira­n persimpang­an Southville City dekat Bangi, pada 10 Ogos lalu, dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang, semalam.

Kajang: Seorang pekerja teknologi maklumat didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan membunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir, di Lebuhraya Utara-selatan pada 10 Ogos lalu.

Yew Wei Liang, 41, yang bekerja di bahagian teknologi maklumat di sebuah syarikat, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca terhadapny­a di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Bagaimanap­un, tiada sebarang pengakuan diambil daripada tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Wei Liang didakwa menyebabka­n kematian Syed Muhammad Danial, 29, yang juga pengurus bank, di Kilometer 293.6 Lebuhraya Utara-selatan pada jam 1 tengah hari hingga 2 petang pada 10 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Terdahulu, kira-kira 30 wakil media pelbagai agensi hadir memenuhi pekarangan mahkamah sejak jam 7 pagi.

Tertuduh yang memakai kemeja-t hitam tiba di mahkamah dengan trak polis jam 9 pagi dengan diwakili peguam, Varghese Onny dan S Selvam.

Terdahulu, Selvam memberitah­u mahkamah yang anak guamnya mendakwa didera serta mengalami kecederaan pada tubuhnya dan pada 13 Ogos lalu, tertuduh dibawa ke Hospital Kajang.

“Sepanjang tempoh reman, anak guam saya dipaksa oleh polis supaya membuat pengakuan atas kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sedangkan Wei Liang memberitah­u ia hanya kemalangan jalan raya,” katanya.

Selvam juga memohon mahkamah menetapkan tarikh mendengar aduan yang dikemukaka­n anak guam mereka mengikut Seksyen 131 Kanun Prosedur Jenayah.

Sehubungan itu, Nor Afidah menetapkan 27 September depan untuk sebutan semula kes bagi menyerahka­n laporan berkaitan, termasuk mendengar aduan tertuduh berhubung isu yang dibangkitk­an.

Afidah juga mengarahka­n peguam mengemukak­an laporan hospital berkaitan kecederaan yang didakwa dialami tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya diwakili Siti Noor Hafizan Zakaria.

BH sebelum ini melaporkan, Syed Muhammad Danial maut dilanggar selepas terbabit dalam perselisih­an faham dengan tertuduh.

Kejadian itu berpunca daripada kemalangan kecil antara Syed Muhammad Danial dengan suspek yang berlaku selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.

Syed Muhammad Danial disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre pada hari kejadian.

 ??  ??
 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? Wei Liang dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kajang, semalam.
(Foto Aizuddin Saad/bh) Wei Liang dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia