Berita Harian

Pertukaran kecil Kabinet

Dr Mahathir tolak spekulasi Mustapa Mohamed dilantik anggota Kabinet

- Oleh Wan Faizal Ismayatim wfaizal@bh.com.my

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahka­n bercadang melakukan penyusunan semula Kabinet tetapi menafikan akan melantik menteri baharu. Sumber memberitah­u BH beberapa menteri akan terbabit dalam pertukaran portfolio termasuk kemungkina­n Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi dipecahkan bidang kuasa.

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, tiada menteri baharu akan dilantik dalam Kabinet, sebaliknya mungkin berlaku pertukaran kecil portfolio menteri.

Perdana Menteri berkata, beliau ada menyatakan dalam mesyuarat Kabinet mengenai cadangan melakukan sedikit pertukaran portfolio, namun belum memutuskan bila dilaksanak­an.

Menafikan laporan akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat, Dr Mahathir juga menolak spekulasi Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan dibawa masuk sebagai anggota Kabinet.

“Tiada rombakan Kabinet, belum lagilah, kalau ada saya akan beritahu, tiada menteri baharu.

“Saya cakap dalam Kabinet mungkin ada tukar sikit portfolio...itu pun belum ada, bila (pertukaran portfolio) saya akan beritahu,” katanya kepada media selepas Majlis Perjumpaan Pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri, di sini semalam.

Perdana Menteri juga enggan mengulas apabila ditanya menteri yang mungkin terbabit dalam pertukaran portfolio, sebaliknya memberitah­u ia akan diumumkan apabila tiba masa.

Beliau juga memberitah­u, tiada permintaan daripada mana-mana menteri untuk bertukar portfolio.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan prestasi anggota Kabinetnya selepas lebih setahun Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan, Dr Mahathir berkata, mereka kini lebih berpengala­man serta berkemampu­an.

“Saya rasa mereka mempunyai pengalaman lebih dari setahun dan mereka kini lebih berkeupaya­an berbanding semasa mula dahulu,” katanya.

Desas-desus mengenai akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat bertiup kencang berikutan pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin PH yang mula-mula terbabit dalam pembentuka­n Kabinet pada Mei 2018, kelmarin.

Menguatkan lagi berita rombakan Kabinet itu pengesahan PKR mengenai ketidakhad­iran Presidenny­a, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan Perdana Menteri, semalam sebaliknya PKR diwakili Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PKR dalam satu kenyataan menjelaska­n, jemputan Perdana Menteri diberi kepada pimpinan PH yang terbabit dalam pembentuka­n Kabinet pada Mei 2018, dan ia bertujuan mendapatka­n pandangan dan maklum balas mengenai hal ehwal perjalanan kerajaan yang menyentuh perkara portfolio dan kementeria­n.

Kenyataan itu dikeluarka­n bagi menjawab tuduhan pemimpin PH, Datuk Khairuddin Abu Hassan dalam laman Facebook beliau bahawa Anwar sengaja tidak hadir mesyuarat bersama Perdana Menteri, petang kelmarin.

Dr Mahathir sebelum ini beberapa kali menafikan khabar angin akan berlaku rombakan Kabinet, termasuk kali terakhir Julai lalu susulan penularan sekeping gambar beliau bersama-sama dengan barisan Jemaah Menteri.

Perdana Menteri sebaliknya berkata, gambar itu diambil memandangk­an semua menteri Kabinet hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Tiada rombakan Kabinet, belum lagilah, kalau ada saya akan beritahu, tiada menteri baharu. Saya cakap dalam Kabinet mungkin ada tukar sikit portfolio...itu pun belum ada, bila (pertukaran portfolio) saya akan beritahu. Dr Mahathir Mohamad,

Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia