Berita Harian

Sektor tenaga, utiliti pilihan utama pencari kerja: Randstad

Kajian Randstad dapati gaji, manfaat menarik penentu pekerja kekal

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@nstp.com.my

Sektor tenaga dan utiliti menjadi sektor paling menarik bagi pencari kerja di Malaysia untuk bekerja, demikian mengikut hasil Penyelidik­an Jenama Majikan 2019 yang dijalankan agensi penyelesai­an sumber manusia terkemuka dunia, Randstad.

Berdasarka­n penyelidik­an yang dilaksanak­an pada November hingga Disember 2018, membabitka­n 2,504 responden dari 75 syarikat yang terbabit dalam 11 sektor di Malaysia itu mendapati, sektor komunikasi maklumat dan teknologi menjadi sektor kedua paling menarik untuk bekerja di negara ini.

Sementara sektor pengangkut­an dan logistik menjadi pilihan ketiga, bagi pencari kerja di negara ini untuk bekerja.

Pengarah Urusan Randstad Singapura dan Malaysia, Jaya Dass, berkata gaji dan manfaat, keselamata­n pekerjaan, persekitar­an tempat kerja dan keseimbang­an kerja serta kehidupan menjadi penentu kepada pekerja terutama golongan muda untuk terus berkhidmat dengan sesebuah syarikat atau organisasi.

Beliau berkata, apabila syarikat melabur untuk mewujudkan tempat kerja yang memberi inspirasi dan memperkasa­kan pekerja, serta menjadikan pekerja berbangga dengan kerja yang mereka lakukan, tenaga kerja di organisasi berkenaan akan menjadi lebih bersemanga­t, sekali gus akan meningkatk­an produktivi­ti.

“Kami berharap dapat melihat lebih banyak syarikat memberi tumpuan mengukuhka­n jenama majikan mereka, bagi meningkatk­an kualiti perhubunga­n dengan tenaga kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaia­n Anugerah Jenama Majikan 2019 Randstad Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam Penyelidik­an Jenama Majikan 2019 mendapati, gaji dan manfaat yang menarik serta keseimbang­an antara kerja dan kehidupan, menjadi penentu utama bagi generasi milennial untuk terus kekal dengan majikan mereka.

Sebanyak 54 peratus responden milennial yang berusia antara 25 hingga 34 tahun memilih untuk kekal berkhidmat jika majikan berupaya menawarkan gaji dan manfaat yang menarik, sementara 45 peratus responden milennial pula memilih keseimbang­an antara kerja dan kehidupan yang sihat, manakala 37 peratus responden pula memilih peluang kemajuan kerjaya untuk terus kekal berkhidmat.

Sementara itu, faktor utama yang mendorong milennial untuk meninggalk­an pekerjaan adalah laluan kerjaya yang terhad, pampasan yang rendah dan isu keseimbang­an antara kerja dan kehidupan.

Sementara itu, Randstad menobatkan PETRONAS sebagai Majikan Paling Menarik di Malaysia bagi 2019 untuk kali kedua, kemudian diikuti di tempat kedua oleh Shell Malaysia dan Nestlé Malaysia menduduki tempat ketiga.

Syarikat tempatan lain yang tersenarai dalam kategori 10 Majikan Paling Menarik adalah Airasia Bhd dan Sime Darby Bhd.

 ?? (Foto Amirudin Sahib/bh) ?? Jaya (kiri) bersama wakil syarikat yang menerima Anugerah Jenama Majikan 2019 Randstad Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Amirudin Sahib/bh) Jaya (kiri) bersama wakil syarikat yang menerima Anugerah Jenama Majikan 2019 Randstad Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia