Berita Harian

10 produk penyelesai­an pintar pacu pendapatan TM One

Sasar 10 produk penyelesai­an pintar baharu pacu pendapatan

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad dan Saadiah Ismail bhbiz@bh.com.my

TM One, cabang penyelesai­an perniagaan sektor awam Telekom Malaysia Bhd (TM), menyasarka­n pendapatan lebih tinggi pada tahun ini, didorong oleh pengenalan 10 produk penyelesai­an pintar (10T) baharunya.

Ketua Pegawai Eksekutif TM One, Ir Azizi A Hadi, berkata pengenalan 10T itu juga secara tidak langsung mampu membantu meningkatk­an sumbangan unit itu kepada pendapatan kumpulan, yang pada tahun lalu menyumbang 35 peratus daripada pendapatan TM secara keseluruha­n berjumlah RM12 bilion.

Katanya, TM One ketika ini mempunyai lebih 11,000 pelanggan sedia ada dengan 4,000 adalah daripada sektor awam, termasuk daripada kementeria­n, agensi, kerajaan negeri, syarikat milik kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Selama ini, kami sudah ada produk horizontal seperti pusat data dan perkhidmat­an awan, namun kami mahu pergi melangkaui lebih daripada kesalinghu­bungan dan infrastruk­tur asas.

“Kami bekerjasam­a dengan pelanggan untuk memahami apa yang mereka perlukan dan mengeluark­an penyelesai­an bagi membantu keperluan perniagaan mereka. Lebih banyak penyelesai­an baharu akan diperkenal­kan tidak lama lagi dan akan diumumkan pada masa sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran 10 produk penyelesai­an pintar itu bersempena dengan Pameran Industri Pintar TM One di Kuala Lumpur, semalam. Yang hadir sama Ketua Pegawai Operasi TM, Imri Mokhtar.

Tahun lalu, TM One meraih pendapatan berjumlah RM4.2 bilion. Pada pameran itu, TM One memperkena­lkan penyelesai­an 10T untuk memperkuku­h komitmenny­a bagi menyemarak­kan industri Malaysia ke arah Revolusi Perindustr­ian 4.0.

Penyelesai­an 10T itu terdiri daripada rumah pintar, pengurusan bangunan pintar, lampu jalan pintar, parkir kenderaan pintar dan lampu isyarat pintar di bawah kluster bandar yang dihubungka­n dan penyelesai­an hidup.

Kluster itu direka untuk membantu perancang bandar, pemaju perbandara­n dan masyarakat untuk membina bandar yang dihubungka­n demi meningkatk­an kualiti hidup.

Penyelesai­an lain, termasuk pengurusan air pintar (kluster penyelesai­an utiliti bersambung), sensor genset pintar dan forklift pintar (penyelesai­an kilang bersambung).

Selain itu, akuakultur pintar dan hidroponik pintar dikategori­kan di bawah penyelesai­an pertanian bersambung bagi menangani kecekapan pertanian yang rendah serta meningkatk­an kualiti produk pertanian menerusi pengumpula­n data masa nyata bersama-sama analisis parameter perladanga­n.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? (Foto Muhd Zaaba Zakeria/bh) ?? Azizi (dua dari kiri) dan Imri (kiri) pada pelancaran 10 produk penyelesai­an pintar sempena Pameran Industri Pintar TM One di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Muhd Zaaba Zakeria/bh) Azizi (dua dari kiri) dan Imri (kiri) pada pelancaran 10 produk penyelesai­an pintar sempena Pameran Industri Pintar TM One di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia