Berita Harian

Jalan pintas bergelar doktor

Ada lulusan SPM didakwa melanjutka­n pengajian jurusan perubatan di universiti luar negara tertentu walaupun tidak memenuhi syarat gred minimum subjek Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi dan Kimia serta syarat lain ditetapkan kerajaan.

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz @bh.com.my

Kuala Lumpur: Sesetengah lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa melanjutka­n pelajaran dalam jurusan perubatan di beberapa universiti luar negara, walaupun tidak memenuhi syarat minimum ditetapkan.

BH difahamkan, lepasan SPM perlu mendapatka­n Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) atau No Objection Ceritifica­te (NOC) daripada Kementeria­n Pendidikan, sebelum melanjutka­n pelajaran dalam jurusan itu di luar negara, namun ada yang tidak memohon sijil itu kerana tak memenuhi syarat minimum ditetapkan.

Untuk layak mendapatka­n SSLN, calon mesti memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi serta Kimia dalam

SPM.

Bagaimanap­un, ada kalangan pelajar perubatan Malaysia di universiti luar negara dikatakan menggunaka­n jalan pintas, iaitu terus ke pusat pengajian tinggi berkenaan, tanpa SSLN disebabkan tidak memenuhi syarat gred ditetapkan.

Ada antara calon hanya memperoleh B bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan, serta C atau D bagi Fizik, Biologi dan Kimia, namun dapat melanjutka­n pelajaran dalam jurusan perubatan di luar negara.

SSLN dan keputusan SPM antara syarat ditetapkan kerajaan bagi melayakkan lepasan jurusan perubatan, menjalani latihan amali atau housemansh­ip di hospital di negara ini.

Menurut sumber, lepasan jurusan perubatan yang tidak menggunaka­n SSLN, didakwa akan mengambil semula SPM bagi subjek yang mereka tidak memenuhi syarat, untuk memperbaik­i syarat minimum ditetapkan.

“Walaupun kaedah ‘jalan pintas’ itu tidak dilarang kerana mereka sudah memperoleh ijazah perubatan, isu berkenaan boleh memberi imej buruk kepada pengamal perubatan di negara ini.

“Ia membawa mesej pelajar tidak perlu cemerlang dalam SPM untuk menjadi pegawai perubatan, kerana mereka yang gagal memenuhi syarat kelayakan minimum bagi mendapatka­n SSLN juga boleh bergelar doktor,” kata sumber berkenaan.

Katanya, mereka yang tidak memenuhi syarat minimum itu biasanya memilih pusat pengajian tinggi di luar negara, yang menawarkan sistem pembelajar­an lebih terbuka, kurang bebanan dalam pengajian serta tidak banyak mensyaratk­an latihan amali perubatan.

Sumber itu berkata, antara destinasi pilihan adalah Russia yang lima universiti­utamanya diiktiraf Kerajaan Malaysia, untuk kursus perubatan serta beberapa kursus lain seperti kejurutera­an dan sains marin.

Tidak hairanlah, katanya, jumlah pelajar Malaysia yang mengikuti jurusan perubatan di negara berkenaan meningkat setiap tahun, walaupun kerajaanme­mperketatk­an prosedur pembiayaan pendidikan sejak 2013.

Beliau tidak menafikan ada kalangan pelajar Malaysia biayaan sendiri yang cemerlang SPM dan layak mengikuti kursus perubatan, namun ada juga tidak memenuhi syarat ditetapkan kerajaan dan menggunaka­n taktik itu untuk menjadi doktor.

“Kelayakan sememangny­a ketat, iaitu perlu cemerlang lima subjek Sains dan Metamatik peringkat SPM untuk jadi doktor di Malaysia, tetapi ada hanya cemerlang satu, dua subjek sahaja.

“Bila ditanya kenapa berani belajar kursus perubatan yang sukar dengan pekerjaan mencabar, ada yang kata hanya mahu status ‘Dr’ pada pangkal nama.

“Mereka tahu tidak akan dibenar menjalani latihan amali atau housemansh­ip di hospital kerajaan di Malaysia tanpa SSLN.

“Jadi, ketika cuti atau selepas tamat universiti, mereka akan ambil semula SPM untuk subjek yang ditetapkan dalam SSLN.

“Ia menunjukka­n peraturan dalam sistem pendidikan dan perubatan negara seperti mudah dimanipula­si.

“Kita khuatir jika perkara ini dibiarkan, maka ramai lagi yang berbuat demikian.

“Bayangkan jika kelayakan menjadi seorang doktor diragui, ia bakal memberi kesan besar bukan sahaja terhadap industri perubatan negara, malah kepada rakyat Malaysia yang mengharapk­an rawatan kesihatan terbaik,” katanya.

Sementara itu, BH cuba menghubung­i Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Datuk Dr Mohd Khairi Yakub untuk mengulas isu ini, namun tidak berjaya.

Pegawai media Kementeria­n Pendidikan ketika dihubungi pula berkata, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) akan memberi maklum balas selepas ini.

Jika kelayakan menjadi doktor diragui, ia bakal beri kesan terhadap industri perubatan negara.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia