Berita Harian

Suri rumah hilang RM290,000 ditipu sindiket Macau Scam

Mangsa gelabah dikatakan terbabit jenayah ubah wang haram

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim bhnews@bh.com.my

Seremban: Bimbang ditahan kerana dikatakan terbabit jenayah pengubahan wang haram, seorang wanita kerugian RM290,000 akibat terpedaya dengan penipuan sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superinten­dan Aibee Ab Ghani, berkata suri rumah berusia 54 tahun itu mengikut semua arahan ahli sindiket terbabit sebaik mendengar plot yang direka itu untuk menipu.

Katanya, pada 16 Ogos lalu, suri rumah itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki konon dari pejabat pos di Kuantan, Pahang memberitah­u mangsa ada mengirimka­n kad kredit dan Mykad ke Sarawak, namun mangsa menafikan perkara itu.

“Panggilan kemudian disambungk­an kepada seorang lelaki mengaku anggota polis dan memberitah­u mangsa terbabit jenayah pengubahan wang haram bersama Danny Wong, namun mangsa beritahu tidak mengenali lelaki itu.

“Suspek meminta mangsa memasukkan RM120,000 dan RM150,000 ke dua akaun yang diberikan kononnya untuk tujuan semakan.

“Oleh sebab takut, mangsa menurut arahan dan memasukkan wang berkenaan pada 19 Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Aibee berkata, mangsa sekali lagi diminta menyerahka­n RM20,000 ke dalam akaun lain di sebuah bank di Rahang, di sini, pada 25 Ogos lalu.

Katanya, selepas membuat pindahan wang, mangsa mengesyaki ditipu suspek dan membuat aduan di Balai Polis Senawang, di sini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Panggilan kemudian disambung kepada seorang lelaki mengaku anggota polis dan beritahu mangsa terbabit jenayah pengubahan wang haram bersama Danny Wong, namun mangsa beritahu tidak mengenali lelaki itu.

Aibee Ab Ghani, Ketua JSJK Negeri Sembilan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia