Berita Harian

‘Toleransi capai hijrah tertinggi’

Seri Paduka ajak rakyat jadikan kerjasama kaum bentuk negara maju, harmoni

- Oleh Haika Khazi, Irwan Shafrizan Ismail dan Noor Atiqah Sulaiman bhnew@bh.com.my

Putrajaya: Yang di-pertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah mengajak seluruh rakyat untuk berhijrah membentuk sebuah negara yang maju dengan asas perpaduan dan keharmonia­n yang utuh.

Baginda bertitah penghijrah­an negara ke tahap yang lebih tinggi akan boleh dicapai melalui pembentuka­n semangat toleransi dan kerjasama rakyat berbilang kaum yang menjadi asas kukuh kepada perpaduan negara.

“Sempena sambutan Maal Hijrah tahun ini, mari kita bersama-sama seluruh rakyat Malaysia berhijrah membentuk sebuah negara maju dengan asas perpaduan dan keharmonia­n yang utuh.

“Kita sudah jauh mengorak langkah membentuk sebuah negara merdeka yang berdaulat.

“Kemerdekaa­n negara adalah satu nikmat dan rahmat kurniaan Allah SWT.

“Sama-samalah kita memelihara nikmat dan rahmat ini buat bekalan generasi akan datang.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1441H/2019M di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h, turut berangkat ke majlis itu.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Al-sultan Abdullah bertitah, selain itu, gagasan ‘Rahmatan Lil-alamin’ yang diketengah­kan kerajaan juga boleh membawa konsep hidup bermasyara­kat ke tahap lebih tinggi.

“Konsep ini sudah dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang bersifat sejagat dan rahmat untuk seluruh alam,” titah baginda.

Baginda bertitah, Islam adalah agama yang menyemai kasih sayang kepada makhluk Allah dan sifat itu perlu dipupuk dalam setiap jiwa rakyat.

Sempena sambutan Maal Hijrah, marilah kita berhijrah membentuk sebuah negara maju dengan asas perpaduan dan keharmonia­n yang utuh.

Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, Yang di-pertuan Agong

Titah baginda, namun konsep itu tidak boleh diterjemah­kan secara umum sehingga melanggar perintah agama.

“Perkara dan perbuatan bercanggah dengan ajaran dituntut Islam jika ditolerans­i, akan meruntuhka­n benteng agama.

“Justeru, dalam kita berusaha melakukan hijrah kepada hidup bermasyara­kat yang lebih toleransi dan disemai dengan bunga kasih sayang, janganlah pula kita mengabaika­n tuntutan agama serta hukum Allah SWT,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah, pada hemat baginda, masih ada banyak ruang untuk melakukan hijrah bersama-sama.

“Pengukuhan etika dan nilai murni dalam pentadbira­n serta pengurusan adalah satu aspek wajar dilaksanak­an. Pembentuka­n sebuah negara maju tanpa budaya integriti tinggi adalah penghijrah­an yang tempang.

“Sehubungan itu, saya menyokong usaha meletakkan tadbir urus negara berasaskan disiplin ilmu maqasid syariah,” katanya.

Pada majlis itu, bekas Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang, diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1441H/2019M.

Ketua Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu, Shaykh Abdallah Shaykh Al-mahfoudh Bayyah, pula diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabang­sa.

Kedua-dua tokoh itu dipilih berdasarka­n pengetahua­n, pengalaman luas dan keperibadi­an unggul yang dimiliki dalam mengembang­kan syiar Islam.

Kedua-dua tokoh terbabit juga memberi sumbangan besar dalam pembanguna­n ummah, selain mendapat pengiktira­fan serta diterima masyarakat dari dalam dan luar negara.

 ?? (Foto Luqman Hakim Zubir /BH) ?? Al-sultan Abdullah bersama Tunku Azizah dan Dr Mahathir hadir pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1441H/2019M di PICC, semalam.
(Foto Luqman Hakim Zubir /BH) Al-sultan Abdullah bersama Tunku Azizah dan Dr Mahathir hadir pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1441H/2019M di PICC, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia