Berita Harian

Umat Islam perlu tolak keganasan: Shaykh Abdallah

-

Putrajaya: Umat Islam perlu menolak sebarang bentuk keganasan kerana ia langsung tidak berlandask­an ajaran Islam sebenar.

Ketua Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dinamakan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabang­sa 1441 Hijrah, Shaykh Abdallah Shaykh Al-mahfoudh Bayyah, berkata Islam adalah agama murni dan suci yang menuntut kedamaian, keharmonia­n serta keamanan.

Justeru, Shaykh Abdallah menyanjung tinggi usaha kerajaan Malaysia mempromosi­kan keamanan sejagat menerusi gagasan idea ‘Rahmatan Lil-alamin’ secara maqasid syariah.

“Saya menyanjung tinggi usaha kerajaan Malaysia kedamaian dan keamanan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dan seluruh dunia secara umumnya supaya kita dapat hidup aman dalam kepelbagai­an agama serta bangsa secara harmoni.

“Umat Islam perlu mementingk­an keamanan menerusi gagasan rahmah supaya kita tidak menimbulka­n kekecohan dalam mendepani cabaran semasa Islam, termasuk media sosial dan fitnah akhir zaman.

“Kita tidak juga sepatutnya menyebarka­n berita atau maklumat yang boleh mengancam ketenteram­an serta keamanan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabang­sa 1441 Hijrah yang disampaika­n oleh Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin

Umat Islam perlu pentingkan keamanan menerusi gagasan rahmah supaya kita tidak timbulkan kekecohan dalam mendepani cabaran semasa Islam, termasuk media sosial dan fitnah akhir zaman.

Al-mustafa Billah Shah, sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Hadir sama, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Terdahulu, Shaykh Abdallah melahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memberikan anugerah berharga itu kepadanya.

“Anugerah ini adalah satu kemuliaan dan kebanggaan bagi seluruh umat Islam. Terima kasih kepada Yang di-pertuan Agong dan Dr Mahathir serta dan kerajaan Malaysia yang memberikan anugerah besar ini kepada saya.

“Ia adalah kejayaan kita bersama untuk membawa keamanan kepada seluruh umat Islam,” katanya yang menerima hadiah wang tunai RM100,000 daripada kerajaan dan RM10,000 sumbangan Yayasan Ubaidi berserta pingat serta sijil penghargaa­n.

Shaykh Abdallah turut sempat berbincang dengan Perdana Menteri mengenai tindakan sesetengah pihak menggunaka­n alasan ajaran Islam untuk melakukan pembunuhan dan keganasan.

“Saya nyatakan pandangan kepada Perdana Menteri bahawa perkara itu tidak benar dan bertentang­an dengan ajaran Islam,” katanya.

Shaykh Abdallah Shaykh Al-mahfoudh Bayyah, Ketua Majlis Fatwa UAE

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia