Berita Harian

Negara perlu pacu pelaburan industri berteknolo­gi tinggi

Usaha tarik tenaga mahir di luar negara kembali ke tanah air: PM

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Kuala Lumpur: Malaysia harus memacu usaha untuk meraih lebih banyak pelaburan dalam industri berteknolo­gi tinggi bagi memastikan individu berkemahir­an dalam sektor berkaitan mempunyai pekerjaan setaraf, sekali gus menangani kesan aliran keluar tenaga mahir tempatan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia mempunyai ramai tenaga mahir hasil pengalaman ditimba ketika mereka bekerja di syarikat luar negara, namun golongan berkenaan mengalami masalah untuk kembali berkhidmat di tanah air sendiri.

“Ada tenaga mahir, tetapi kita perlu menyediaka­n pekerjaan setaraf dengan kelayakan mereka. Jika tidak, mereka akan lari. Contohnya, rakyat Malaysia yang berkhidmat di Korea atau Jepun mengalami masalah mencari kerjaya bersesuaia­n di tanah air sendiri selepas mempunyai pengalaman.

“Ia berlaku kerana kita tidak mempunyai pekerjaan yang sesuai. Justeru, mereka (mengambil keputusan) pulang ke luar negara, malah segelintir daripadany­a berkahwin dan mula mendirikan rumah tangga di sana.

“Oleh itu, kita perlu menggalakk­an usaha untuk meraih lebih banyak pelaburan dalam industri berteknolo­gi tinggi supaya individu dengan pengalaman dan kelayakan sedemikian boleh balik ke Malaysia serta terus tinggal di sini,” katanya dalam temu bual eksklusif majalah dalam pesawat MAS, Going Places, yang disiarkan semalam.

Menyentuh prestasi ekonomi, Dr Mahathir berkata, industri yang berupaya memperuntu­k gaji lebih lumayan kepada pekerja ketika ini ialah menerusi sektor teknologi maklumat (IT) dan teknologi baharu.

Sehubungan itu, katanya, pekerja tempatan wajar menggandak­an usaha untuk tampil lebih arif dalam aspek penggunaan teknologi baharu supaya penawaran tenaga mahir selari permintaan dalam pasaran berdasarka­n industri berkaitan.

“Syarikat tempatan kita mempunyai kebolehan untuk menghasilk­an cip mikro yang sebelum ini dikeluarka­n syarikat asing. Kita mahu mendalami sektor kecerdasan buatan (AI), tetapi ia akan mengambil sedikit masa.

“Kerajaan menerima banyak cadangan pelaburan, namun kita harus menyediaka­n tenaga kerja yang mencukupi dan mempunyai kebolehan dalam industri. Ketika ini, ada pelaburan besar di Malaysia, menjangkau nilai RM30 bilion setahun,” katanya.

Mengulas sektor pelanconga­n negara, Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu mengurangk­an prosedur birokrasi kerana ia dikenal pasti menjadi punca terhadap kesukaran Malaysia untuk menjadi destinasi percutian yang dinamik.

Selain itu, katanya, rakyat Malaysia wajar tampak lebih mesra pelancong bagi memastikan kedatangan mereka bagi menerokai ‘warna’ kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan kepelbagai­an diselami dan dihayati sepenuhnya.

“Kita dapati di sesetengah negara, mereka selalu senyum dan mengalu-alukan kedatangan pelancong, tetapi di Malaysia, kita tidak bersikap demikian. Kerajaan membina banyak tempat yang menjadi tumpuan pelancong.

“Langkawi antara contoh merekodkan kemasukan 3.2 juta pelancong setahun, berbanding 10,000 orang sebelum ini, hasil inisiatif kerajaan dalam menghasilk­an ‘produk’ pelanconga­n.

“Kerajaan tidak mempunyai wang melakukan semua benda. Contohnya seperti membina taman tema. Kita berharap sektor swasta berupaya menerajui usaha sedemikian,” katanya.

Ditanya soal peralihan kuasa, Dr Mahathir bertekad ingin menyelesai­kan masalah hutang negara yang sebelum ini menjangkau RM1 trilion, pasca pertukaran

Kita perlu menggalakk­an usaha untuk meraih lebih banyak pelaburan dalam industri berteknolo­gi tinggi supaya individu dengan pengalaman dan kelayakan sedemikian boleh balik ke Malaysia serta terus tinggal di sini.

tampuk pemerintah­an kerajaan, sebelum menyerahka­n jawatan Perdana Menteri kepada penyandang seterusnya.

Beliau berkata, misi lain yang ingin dicapai ialah untuk ‘membersihk­an’ pentadbira­n awam dan mendidik rakyat menerusi pelbagai pelaksanaa­n program berkaitan bagi memastikan mereka berupaya mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap kerajaan.

“Jika tidak memperoleh pendapatan secukupnya, mereka perlu tingkatkan kemahiran dan produktivi­ti kerana itu ialah ‘jalan’ untuk mencapai status negara kaya. Sekiranya anda mengharapk­an subsidi kerajaan sampai bila-bila, ia tidak akan mencipta kekayaan, sebaliknya kerugian terhadap kerajaan.

Berhubung kedudukan Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang dihimpit pelbagai isu pengurusan dan aliran kewangan sebelum ini, Dr Mahathir berkata, zaman setiap negara mempunyai syarikat penerbanga­n nasional sudah berakhir.

Katanya, MAB (sebelum ini Malaysia Airlines) boleh terus dikenali sebagai syarikat penerbanga­n nasional, namun pegangan dalam pengurusan tidak semestinya dimiliki kerajaan.

“Ia boleh dikenali sebagai syarikat penerbanga­n negara kerana menggunaka­n simbol (negara), tetapi operasinya dikendalik­an sektor swasta,” katanya.

Menerusi sesi soalan spontan, Dr Mahathir berharap sebarang pembikinan filem yang mungkin diusahakan demi menceritak­an keperibadi­an atau jalan hidup beliau diterjemah­kan secara tepat, tanpa sebarang tokok tambah.

“Ceritakan hal sebenar. Jangan ‘tambah perisa’ atau katakan, oh, beliau seorang yang sangat hebat,” katanya.

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia