Berita Harian

UMNO, PAS perlu buktikan tak musuhi bukan Islam

-

Petaling Jaya: UMNO dan PAS perlu mengecam desakan memboikot produk bukan Bumiputera untuk membuktika­n mereka tidak memusuhi bukan Melayu dan bukan Islam.

Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kempen berkenaan menghalang perpaduan nasional dan boleh menyebabka­n pengguna rugi kerana memboikot produk lebih murah dan berkualiti.

Katanya, perbuatan memboikot produk bukan Bumiputera sudah mencapai tahap yang membimbang­kan sehingga Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri terpaksa memberi komen mengenai isu berkenaan.

Beliau berkata, golongan ‘perkauman dan pelampau agama’ di negara ini harus menyahut gesaan Perdana Menteri yang tidak bersetuju dengan gerakan memboikot produk keluaran bukan Bumiputera.

“Kalau begitu produk luar negara, terutama telefon pintar juga sepatutnya diboikot.

“Sekiranya kedua-dua parti tidak anti bukan Islam dan bukan Melayu, sepatutnya mereka mengambil pendirian mengutuk usaha memulau produk bukan Bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Kempen memboikot produk bukan bukan Bumiputera dilaporkan aktif di media sosial dan aplikasi Whatsapp dengan masyarakat Bumiputera digesa mengelak membeli produk yang dibuat oleh perniagaan milik bukan Bumiputera.

Jumaat lalu, Dr Mahathir dilaporkan tidak bersetuju dengan gerakan memboikot produk keluaran bukan Bumiputera.

Perdana Menteri berkata, tindakan memboikot bukan satu ‘senjata’ berkesan (untuk menjatuhka­n jualan sesuatu produk) dan hanya dilakukan oleh mereka yang berfikiran cetek.

Dr Mahathir seterusnya menasihatk­an rakyat supaya tidak memboikot mana-mana produk sama ada keluaran Bumiputera atau bukan Bumiputera.

Guan Eng berkata, rakyat Malaysia juga sepatutnya mengambil berat nasihat legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang mahukan semua penduduk negara ini bersatu dan menentang perkauman dan bertelagah sesama sendiri akibat isu yang tidak penting.

Kempen berkenaan menghalang perpaduan nasional dan boleh menyebabka­n pengguna rugi kerana memboikot produk murah dan berkualiti.

Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia