Berita Harian

DTA permudah hubungan dagang Malaysia-kemboja

Perjanjian antara agenda utama lawatan rasmi PM bermula hari ini

-

Malaysia dan Kemboja bakal memuktamad­kan Perjanjian Pengecuali­an Cukai Berganda (DTA), sekali gus melonjakka­n lagi hubungan dagangan antara kedua-dua negara.

Ia sebahagian daripada agenda utama lawatan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ke Kemboja bermula hari ini yang juga lawatan pertama beliau ke negara ini dalam tempoh 25 tahun.

Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Eldeen Husaini Mohd Hashim, berkata perjanjian itu disifatkan sebagai platform pemudah cara untuk aktiviti perdaganga­n antara kedua-dua negara, terutama membabitka­n eksport dan pelaburan.

“Kemboja adalah negara serantau terakhir yang menandatan­gani perjanjian itu dengan Malaysia, sekali gus memberi banyak manfaat kepada komuniti perdaganga­n antara kedua-dua negara bagi jangka panjang.

“Ini tentunya memberi implikasi positif terhadap prestasi perdaganga­n kita, terutama aktiviti eksport dan pelaburan, memandangk­an Kemboja adalah rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam ASEAN dan yang ke-50 pada peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual khas bersama media Malaysia di Kompleks Kedutaan Besar Malaysia, di sini, semalam.

Eldeen Husaini berkata, sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, nilai perdaganga­n Malaysia dengan Kemboja mencecah RM17.8 bilion merangkumi pelbagai sektor industri dan perkhidmat­an, termasuk perhotelan.

Beliau berkata, perangkaan itu mencatat peningkata­n kira-kira 39.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Kita mengunjurk­an perangkaan itu terus mencatat peningkata­n positif melalui perjanjian berkenaan kerana ia menawarkan banyak faedah kepada komuniti perniagaan kedua-dua negara,” katanya.

Beliau juga yakin DTA mampu melonjakka­n lagi kedudukan negara dalam kelompok rakan pelaburan strategik utama Kemboja selepas United Kingdom (UK), Korea Selatan dan China.

“Melalui DTA, banyak lagi syarikat kita dapat meneroka peluang di Kemboja. Sepanjang tiga bulan pertama tahun ini saja, pihak kedutaan menerima 20 permohonan daripada syarikat Malaysia untuk meneroka peluang perniagaan dan pelaburan di sini.

“Antara yang terbesar ialah projek hotel mega membabitka­n lebih 2,000 bilik penginapan bernilai AS$4 bilion (RM16.8 bilion),” katanya.

Selain DTA, Malaysia dan Kemboja akan turut menandatan­gani perjanjian kerjasama pelanconga­n, khusus dalam usaha menggalakk­an pergerakan pelancong antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Dr Mahathir yang diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, mempunyai jadual padat sepanjang lawatan rasmi tiga hari ke negara ini atas jemputan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

Eldeen Husaini berkata, Perdana Menteri dijadual mengadakan sesi dialog bersama tenaga akademik dan pelajar Royal University of Phnom Penh (RUPP), khususnya bagi berkongsi pengalaman beliau memimpin negara.

Malah, Dr Mahathir yang mencipta sejarah tersendiri apabila kembali menerajui kepemimpin­an negara pada usia 93 tahun, dijangka menjadi tumpuan sepanjang sesi dialog berkenaan.

“Perdana Menteri juga dijadualka­n melawat Tugu Kemerdekaa­n Kemboja sebelum diberi sambutan negara di Peace Palace dan mengadakan perbincang­an dua hala bersama rakan sejawatnya, Hun Sen, di lokasi sama, disusuli majlis menandatan­gani DTA dan MOU Kerjasama Pelanconga­n Malaysia-kemboja.

“Kedua-dua pemimpin dijangka mengeluark­an kenyataan bersama pada akhir pertemuan itu berhubung hasil perbincang­an mereka dalam memperkuku­hkan lagi hubungan baik Malaysia-kemboja,” katanya.

Kemboja adalah negara serantau terakhir yang menandatan­gani perjanjian itu dengan Malaysia, sekali gus memberi banyak manfaat kepada komuniti perdaganga­n antara kedua-dua negara bagi jangka panjang.

Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Kemboja

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia