Berita Harian

Sasar 72,000 penumpang hingga akhir November

-

Kuala Lumpur: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) meletak sasaran 72,000 penumpang menaiki bas mini diperkenal­kan menerusi laluan percubaan antara Hab Bukit Indah ke Ampang Point mulai semalam hingga akhir November ini.

Ketua Unit Koordinasi Program Rapid Bus, Rahim Mahamud, berkata sasaran itu berdasarka­n bilangan bas disediakan, saiz bas dan kepadatan penduduk sekitar Ampang.

Bagaimanap­un, beliau tidak menolak kemungkina­n bilangan penumpang bertambah berikutan aliran trend pengguna jalan raya yang lebih gemar menggunaka­n pengangkut­an awam untuk mengelak kesesakan trafik, terutama pada waktu puncak.

“Bas itu masih dalam proses percubaan, secara purata kita jangka 24,000 penumpang dalam tempoh sebulan.

“Ketika ini, kita sediakan tiga bas mini dengan setiap bas yang dilengkapi pendingin hawa itu mampu memuatkan sehingga 30 orang.

“Bas beroperasi setiap hari dari jam 5.30 pagi hingga 11.40 malam dengan kekerapan pada waktu puncak dan bukan puncak masing-masing selama 15 dan 25 minit.

“Dalam tempoh percubaan ini, kita akan dapatkan maklum balas pengguna sebelum menaik taraf dan mengubah sistem operasi bas mengikut keperluan.

“Bas terbabit tidak dilengkapi tempat duduk orang kurang upaya (OKU), kita masih mengkaji keperluan untuk meletakkan­nya atau tidak,” katanya.

Menurut kenyataan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), projek percubaan bas mini bersaiz lapan meter (m) panjang itu menyaksika­n purata 10 penumpang bagi setiap perjalanan.

Menurutnya, sebanyak 21 perjalanan dijalankan dari jam 5.30 pagi sehingga 12 tengah hari semalam, dengan tiga buah bas beroperasi dan kira-kira 200 penumpang menaikinya selepas enam jam setengah perkhidmat­an.

“Bagaimanap­un, jumlah penumpang dijangka meningkat pada Selasa ini apabila sekolah dibuka semula dan orang ramai mula bekerja selepas cuti panjang tiga hari kerana cuti am Hari Kemerdekaa­n semalam dan sambutan Maal Hijrah hari ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, perkhidmat­an bas mini itu akan memantapka­n lagi perjalanan ‘first mile, last mile’ dengan perkhidmat­an harian berakhir pada jam 11.40 malam.

“Sebelum ini, laluan T300 menggunaka­n dua bas biasa, iaitu bas 12 meter, untuk laluan sepanjang 11 kilometer dengan purata 800 penumpang sehari dan 24,000 penumpang sebulan.

“Ia adalah sebahagian daripada usaha Prasarana dan anak syarikatny­a, Rapid Bus dalam program transforma­si sistem pengangkut­an awam negara bagi menyediaka­n perkhidmat­an berkelas dunia,” katanya.

Kita sedia tiga bas mini yang dilengkapi pendingin hawa itu mampu memuatkan sehingga 30 orang.

Rahim Mahamud, Ketua Unit Koordinasi Program Rapid Bus

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia