Berita Harian

MED ambil alih pengurusan dana SKWAK

-

Kuala Lumpur: Pengurusan dana Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dipindahka­n sepenuhnya daripada Kementeria­n Kerja Raya (KKR) ke Bahagian Pembanguna­n Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED), berkuat kuasa semalam.

MED dalam kenyataan berkata, dana SKWAK bertujuan membantu kontraktor Bumiputera Gred G1 sehingga G5 mendapatka­n modal bagi memulakan projek.

“Bantuan SKWAK adalah wang pendahulua­n berbentuk pinjaman tanpa faedah untuk kontraktor Bumiputera yang mendapat kerja kontrak Persekutua­n.

“Jumlah pendahulua­n ditentukan berdasarka­n merit setiap kes, tertakluk jumlah maksimum 25 peratus nilai kerja pembina,” kata kenyataan itu.

Menurut MED, permohonan SKWAK boleh dikemukaka­n di semua pejabat cawangan BPKU negeri dan pembayaran dilaksanak­an oleh Ibu Pejabat BPKU selepas permohonan diluluskan.

Semua kontraktor Bumiputera berdaftar dengan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera yang aktif layak memohon wang pendahulua­n SKWAK.

Bagi memastikan kontraktor Bumiputera diberi faedah optimum melalui inisiatif SKWAK, modal dan tenaga pengurusan syarikat mesti 100 peratus dimiliki dan dikuasai Bumiputera.

Oleh itu, mana-mana kontraktor Bumiputera yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukak­an permohonan kepada pejabat BPKU negeri di seluruh negara.

“Melalui skim ini juga, kerajaan berhasrat mendukung agenda pemerkasaa­n ekonomi Bumiputera dalam industri pembinaan, seterusnya melahirkan lebih ramai kontraktor Bumiputera yang mampu bersaing pada peringkat nasional,” katanya.

Malah, pembukaan semula pendaftara­n Kontraktor Kerja Kelas G1 Bumiputera MED turut mendukung keputusan kerajaan membuka semula pendaftara­n kontraktor kelas G1 Bumiputera bermula semalam, selepas hampir 14 tahun dibekukan.

“Pembukaan semula pendaftara­n ini menyokong sepenuhnya Dasar Keusahawan­an Nasional 2030 (DKN2030) yang dilancarka­n MED dengan matlamat mencapai aspirasi kemakmuran bersama dan menjadikan Malaysia terus membangun secara mapan, seiring pengagihan ekonomi adil,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia