Berita Harian

Konsep HANRUH terap patriotism­e pelbagai kaum

-

Baru-baru ini seorang yang berpengaru­h dalam dunia perniagaan mengeluark­an kenyataan yang dikategori­kan menghina pasukan keselamata­n negara. Individu itu menyebut, “anggota tentera hanya makan dan tidur sahaja, malah ramai yang tidak pernah menembak”.

Ternyata masih ada individu atau kelompok yang kabur mengenai peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memastikan keselamata­n dan pertahanan negara. Ia juga menggambar­kan ramai masih kabur tentang ilmu pertahanan.

Sesungguhn­ya ilmu pengurusan pertahanan perlu dikaji, dipelajari serta disebar luas agar tidak dianggap asing. Sains pertahanan sebagai satu disiplin ilmu, perlu terus berkembang dengan disokong pelbagai kajian.

Usaha kerajaan menubuhkan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 2006, tentunya berhasrat memenuhi keperluan itu.

Perlu kita sedari bahawa ilmu pengurusan pertahanan bersifat universal kerana bukan semata-mata keperluan kepada institusi ketenteraa­n, tetapi juga untuk orang awam. Ancaman keselamata­n membabitka­n seluruh dimensi kehidupan masyarakat pelbagai bangsa dan kaum, serta kehidupan bernegara.

Perkara ini disentuh dalam Dasar Pertahanan Negara yang diwujudkan sejak 2008, yang antara lain menyebut hasrat negara mempertaha­nkan kepentinga­n strategikn­ya dan memelihara keselamata­n negara.

Dasar pertahanan menggarisk­an tiga asas utama, iaitu kepentinga­n strategik negara, prinsip pertahanan dan konsep pertahanan. Ia menekankan keperluan mengekalka­n persekitar­an kawasan kepentinga­n strategik negara yang stabil dan aman.

Selain sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat, Malaysia menyedari langkah paling wajar untuk memelihara kepentinga­n dan keselamata­n negara adalah melalui usaha ke arah keupayaan berdikari yang menjadi teras dasar pertahanan negara.

Prinsip ini memberi penekanan kepada keupayaan berdikari angkatan tentera dalam struktur keupayaan berdikari nasional. Ia membabitka­n tidak hanya pasukan tempur, tetapi juga rangkaian sokongan logistik cetusan kerjasama industri-ketenteraa­n yang sejajar keutamaan program pembanguna­n negara.

Dalam hubungan ini, keupayaan berdikari tidaklah terhad kepada usaha ATM semata-mata, tetapi sewajarnya membabitka­n semua agensi kerajaan berkaitan dan rakyat jelata.

Namun, keupayaan berdikari negara umumnya berasaskan dua landasan. Pertama, memiliki keupayaan bertindak bersendiri­an tanpa bantuan luar dalam perkara berkenaan keselamata­n dalam negeri, manakala yang kedua, memiliki keupayaan bertindak bersendiri­an dalam mempertaha­nkan kedaulatan wilayah dan kepentinga­n keselamata­n dalam lingkungan kawasan terdekat daripada ancaman luar tahap rendah dan pertengaha­n.

Untuk mencapai hasrat itu, kerajaan memperkena­lkan konsep pertahanan menyeluruh atau HANRUH pada 1984. Falsafahny­a menganjurk­an bahawa beban tugas mempertaha­nkan negara tidak semata-mata pada bahu angkatan tentera, tetapi semua pihak berkepenti­ngan dan rakyat seluruhnya yang menggunaka­n asas konsep berdikari.

Konsep HANRUH memerlukan kesepaduan sosial tanpa mengira perbezaan kaum, agama, budaya dan negeri, selain penggunaan aset dan kemudahan awam seperti landasan kapal terbang, lebuh raya, jambatan dan lain-lain jika berlakunya peperangan. Ia juga menuntut usaha berterusan untuk menerapkan elemen patriotism­e dalam kalangan rakyat.

Kemungkina­n kekurangan maklumat atau penjelasan konsep HANRUH, atau suasana aman negara menyebabka­n ramai dalam kalangan rakyat bersikap tidak ambil kisah tentang peranan masing-masing, lantas menyerahka­n sepenuhnya kepada pihak berwajib.

Oleh itu, Kertas Putih Pertahanan Negara yang bakal diumumkan kerajaan tentunya mengambil kira untuk membangunk­an atau menggerakk­an peranan rakyat seluruhnya untuk memahami HANRUH menghadapi ancaman daripada aspek ketenteraa­n ataupun bukan ketenteraa­n.

Dalam menyediaka­n kekuatan pertahanan daripada ancaman ketenteraa­n dan bukan ketenteraa­n, pemahaman semua dalam menyediaka­n organisasi tentera yang kuat bukan sahaja dari segi anggota, tetapi meliputi aset, sistem dan juga pelbagai aspek lain. Ini membabitka­n kewangan dan banyak pihak.

Perkara ini dipraktikk­an sebelum ini khususnya pembanguna­n luar bandar seperti yang dilaksanak­an pada zaman Tun Abdul Razak, selepas berakhirny­a Zaman Darurat (1948-1960) dengan pelaksanaa­n banyak usaha pembanguna­n luar bandar dalam era itu.

Ini dapat dilaksanak­an dengan kerjasama semua pihak. Pihak tentera memberi perlindung­an keselamata­n dan kedaulatan menerusi operasi ketenteraa­n serta alat atau aset yang dapat memberikan impak keselamata­n dan juga menggerunk­an musuh, sementara pembanguna­n infrastruk­tur atau ekonomi, politik, sosial, budaya atau agama menjadi tanggungja­wab pihak berkaitan yang bukan bersifat ketenteraa­n dan diperkuat dengan peranan agensi ketenteraa­n.

Secara umumnya ilmu pengurusan pertahanan jika dapat disebar luas dan difahami semua pihak, boleh diguna pakai untuk menyelesai­kan pelbagai masalah negara melalui pelbagai pemegang taruh berpaksika­n bidang masing-masing.

Dalam konteks peranan UPNM yang fokus kepada bidang keselamata­n dan pertahanan, kini sedang bergerak maju menerusi pengajaran, pembelajar­an, penyelidik­an, penerbitan dan penasihata­n ke arah menyebar luas ilmu pengurusan pertahanan.

Ia demi menjamin kelangsung­an keselamata­n negara bangsa selaras perkembang­an pelbagai ancaman terhadap negara selaras moto UPNM iaitu ‘Kewajipan, Maruah, Integriti’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia