Berita Harian

GPMS belanja RM2 juta bantu pelajar

-

Kota Bharu: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) sudah membelanja­kan RM2 juta, bagi membantu mengeluark­an perbelanja­an awal untuk pelajar miskin melanjutka­n pengajian di universiti.

Peruntukan itu dikeluarka­n sejak 2016 hingga kini untuk membayar yuran pendaftara­n dan kelengkapa­n diri, bagi memulakan pengajian kepada pelajar yang tidak berkemampu­an.

Naib Presiden GPMS Malaysia, Nik Saiful Adli Borhan, berkata peruntukan itu diberi melalui Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia kepada 2,240 pelajar, yang mendapat tawaran pengajian di dalam atau luar negara.

Katanya, selain tabung bantuan, GPMS turut membantu pelajar melalui sumbangan orang ramai.

“Bantuan ini dibelanjak­an melalui dermasiswa dan pinjaman tanpa faedah, bagi membolehka­n pelajar ini menyambung pengajian mereka.

“Kita tidak mahu kerana masalah kewangan, pelajar cemerlang ini melepaskan peluang mendapat pendidikan pada peringkat lebih tinggi yang mampu mengubah masa depan mereka,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau turut menyaranka­n ibu bapa supaya membuat simpanan sebagai persediaan awal, bagi menampung perbelanja­an anak melanjutka­n pengajian di universiti.

“Selain itu, mereka juga boleh membuat permohonan bantuan di pejabat pengurusan zakat,” katanya.

Pada tahun ini, GPMS juga turut menyampaik­an bantuan menanggung kos perbelanja­an masuk universiti kepada pelajar, Nor Izra Zulaikha dari Rantau Panjang, yang berdepan masalah kewangan untuk ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Pelajar cemerlang itu yang mendapat keputusan Purata Nilai Gred Keseluruha­n (PNGK) 3.92 dalam peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) tahun lalu, hampir menolak tawaran belajar dalam bidang Pengurusan Maritim di UMT, kerana kemiskinan keluarga yang perlu menanggung lima lagi anak.

“GPMS menanggung bayaran yuran pendaftara­n dan persiapan ke universiti Nor Izra dengan kos lebih RM2,000,” katanya.

 ?? (Foto Ihsan Pembaca) ?? Nik Saiful Adli (tiga dari kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Nor Izra Zulaikha baru-baru ini.
(Foto Ihsan Pembaca) Nik Saiful Adli (tiga dari kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Nor Izra Zulaikha baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia