Berita Harian

Kawal operasi Airbnb dengan lesen, cukai

Khidmat rumah penginapan perlu didaftar pastikan persaingan adil, beri hasil negara

- Oleh Junita Mat Rasid dan Suzalina Halid bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Peraturan khusus berkaitan operasi perkhidmat­an penginapan kepada pelancong perlu diwujudkan, sekali gus memastikan keselamata­n pengguna dan masa sama memberi hasil kepada kerajaan.

Ketika ini pemilik rumah atau pengusaha perkhidmat­an penginapan tidak berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya.

Selain itu, portal tempahan penginapan secara dalam talian, Airbnb, juga tidak berdaftar sebagai entiti perniagaan di Malaysia, meskipun menyatakan negara ini paling pesat berkembang untuk Airbnb di rantau ini untuk tempoh dua tahun berturut-turut.

Airbnb adalah penyedia perkhidmat­an dalam talian bagi mengiklan, mencari dan menempah penginapan percutian berpangkal­an di San Francisco, Amerika Syarikat.

Pengarah Eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Shaharuddi­n M Saaid, berkata sudah tiba masa kerajaan memastikan operasi perkhidmat­an penginapan kepada pelancong ini, didaftarka­n.

Katanya, Airbnb atau mana-mana platform seumpamany­a bekerjasam­a dalam mengukuhka­n industri, terutama menerusi segmen perkongsia­n rumah, sekali gus ia akan membantu kepada pertumbuha­n pelanconga­n negara.

“Kerajaan perlu mendaftark­an operasi rumah penginapan pelancong ini yang pada masa ini tidak didaftarka­n dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya,” katanya.

Semalam, BH Ahad mendedahka­n kegiatan menyewa rumah atau bilik sebagai penginapan kepada pelancong dalam dan luar negara menerusi platform Airbnb yang berpangkal­an di Amerika Syarikat, mula menimbulka­n masalah kepada industri perhotelan.

Masalah itu perlu diberi perhatian segera oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya dan Kementeria­n Perumahan serta Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengelak isu dicetuskan menimbulka­n masalah lebih besar serta tidak terkawal.

Sama seperti ketika kemunculan e-hailing seperti Grab, yang pemandunya menawarkan tambang lebih murah dan tetap dengan pelbagai promosi dalam saingan mendapatka­n penumpang dengan teksi yang sering dipalit pelbagai gejala negatif, Airbnb mula mencetuska­n situasi sama terhadap industri perhotelan.

Kadar sewaan rumah atau bilik penginapan untuk pelancong tidak berdaftar dengan pihak berkuasa ditawarkan menerusi Airbnb, secara dalam talian itu, mencapai harga 50 peratus lebih rendah, berbanding jika menyewa hotel, meskipun kemudahan ditawarkan hampir sama.

Shaharuddi­n berkata, operasi perkhidmat­an rumah penginapan seumpama itu sebenarnya turut

Kita minta satu cara lebih adil dilaksanak­an. Ada negara hanya membenarka­n operasi rumah penginapan ini pada waktu tertentu sahaja dan dihadkan, selain ada negara yang tak membenarka­nnya serta ada mewajibkan ia memiliki lesen operasi seperti hotel.

menjejaska­n perkhidmat­an hotel.

Katanya, berbanding Malaysia, banyak negara lain mengenakan syarat tertentu untuk perkhidmat­an penginapan pelancong, termasuk Thailand yang menetapkan pengusaha perlu mempunyai lesen seperti operasi hotel lain, manakala Singapura mengharamk­annya.

Beliau berkata, Jepun juga menetapkan pengusaha rumah penginapan hanya boleh menyewakan rumah atau bilik selama 180 hari, manakala Amsterdam (60 hari), Paris (120 hari), London (90 hari) dan New York (30 hari).

Setakat ini, katanya, tiada peraturan khusus dibuat di Malaysia dan pihaknya dimaklumka­n bahawa Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang melaksanak­an penguatkua­saan bermula tahun depan, tetapi mekanisme pelaksanaa­nnya belum jelas.

“Kita minta satu cara lebih adil dilaksanak­an. Ada negara hanya membenarka­n operasi rumah penginapan ini pada waktu tertentu sahaja dan dihadkan, selain ada negara yang tidak membenarka­nnya serta ada yang mewajibkan ia memiliki lesen operasi seperti hotel.

“Kita bukan mahu menutup operasi perkhidmat­an bilik atau rumah penginapan seumpama itu, sebaliknya kita mahu ia mengikut cara betul dan ada pemantauan,” katanya.

Shaharuddi­n mengakui kadar penginapan pelancong di hotel semakin menurun dan kewujudan rumah dan bilik penginapan Airbnb antara faktor penurunan itu.

Katanya, Airbnb berupaya menawarkan harga murah kerana tidak memerlukan kos operasi tinggi berbanding hotel, selain penginapan itu juga tidak perlu membayar pelbagai cukai yang dikenakan dan berdaftar dengan agensi kerajaan.

Beliau berkata, hotel diwajibkan berdaftar dengan agensi kerajaan berkaitan, dikenakan cukai pelanconga­n, cukai hiburan dan premis perniagaan, selain cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) serta kadar tarif elektrik yang berbeza.

“Keadaan ini membolehka­n pengusaha rumah dan bilik penginapan mampu mengaut keuntungan berlipat ganda.

“Airbnb melaporkan dalam tempoh Julai 2018 hingga Julai lalu, seramai 3.25 juta orang menginap di rumah atau bilik penginapan dengan memberi pulangan RM3 bilion.

“Adakah kerajaan boleh bermegah dengan jumlah itu, sedangkan kerajaan tidak memperoleh hasil, tidak mendapat bayaran SST dan cukai pelanconga­n,” katanya.

Airbnb mendapat keuntungan sehingga 10 peratus komisen daripada bilik disewa pelancong, sedangkan mereka tidak berdaftar dan tidak memberi keuntungan kepada negara, malah premis perniagaan juga tidak berdaftar.

Dari segi keselamata­n, operasi mereka berisiko kerana tidak mendaftark­an rekod penginapan berbanding hotel. Sebenarnya operasi ini menyebabka­n kehilangan pendapatan pelanconga­n dan keselamata­n negara.

“Pihak pengusaha hotel kini mengalami masalah kekurangan perniagaan atas sebab persaingan tidak sah. Kami tidak marah jika berniaga secara betul seperti persaingan antara hotel berbanding persaingan dengan hotel yang tidak sah,” katanya.

Shaharuddi­n M Saaid, Pengarah Eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH Ahad semalam.
Keratan akhbar BH Ahad semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia