Berita Harian

Proses tempahan mudah jadi pilihan pengguna

-

Kuala Lumpur: Harga bilik yang murah selain proses tempahan mudah, membuatkan ramai pengguna cenderung menggunaka­n khidmat Airbnb bagi mendapatka­n unit kediaman sebagai penginapan ketika bercuti bersama keluarga.

Selain itu, nilai tambah yang ada pada kediaman ditawarkan Airbnb seperti kemudahan mesin basuh, pengering dan dapur yang tiada pada hotel, menyebabka­n lebih ramai pelancong, khususnya daripada mereka yang berkeluarg­a memilih perkhidmat­an terbabit.

Seperti kemudahan portal tempahan bilik yang lain, pengguna yang mahu menggunaka­n khidmat Airbnb perlu memberi butiran mengenai diri mereka ketika mendaftar menerusi portal itu atau melalui laman sosial Facebook.

Selepas itu, pengguna boleh terus meletakkan butiran berhubung lokasi percutian, tarikh dan jumlah penginap di ruang disediakan sebelum Airbnb mencari kediaman berdasarka­n maklumat diberikan.

Harga dipaparkan Airbnb membabitka­n caj bilik sahaja dan harga bersama caj pembersiha­n serta perkhidmat­an bergantung kepada tarikh ditempah dengan anggaran antara 20 hingga 60 peratus.

Selepas mendapat pilihan terbaik, pengguna boleh terus membuat tempahan dengan membuat bayaran melalui perbankan dalam talian, kad kredit atau debit.

Pengguna tetap Airbnb, Khairul Idzham Abdul Khalid, 35, berkata sehingga kini beliau sudah menggunaka­n khidmat portal terbabit bagi percutian di Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun, Indonesia, United Kingdom dan Hong Kong.

“Suasana kediaman ditawarkan menerusi Airbnb lebih berkonsepk­an seperti di rumah, iaitu kita sendiri boleh melakukan pelbagai kegiatan seperti memasak dan mencuci. Ia seperti duduk di rumah sendiri.

“Justeru, saya lebih gemar membuat tempahan menerusi Airbnb berbanding hotel kerana lebih selesa walaupun berada di luar negara,” katanya kepada BH, di sini.

Beliau berkata, pihaknya percaya industri perhotelan dan perkhidmat­an Airbnb mempunyai pasaran berbeza dan tarikan tersendiri dalam menawarkan khidmat kepada pelanggan.

Berbanding perkhidmat­an hotel yang menyediaka­n pakej lengkap seperti pengangkut­an dari lapangan terbang dan khidmat pembersiha­n, kediaman ditawarkan Airbnb pula menuntut pengguna melakukann­ya sendiri seperti mencari lokasi perkhidmat­an kediaman terbabit.

“Saya juga percaya hotel tidak hanya bergantung kepada pendapatan bilik semata-mata, sebaliknya mereka turut memperoleh keuntungan hasil sewaan dewan bagi acara rasmi dan tidak rasmi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia