Berita Harian

JAINJ, MAINJ guna tulisan Jawi dalam semua urusan

Pelaksanaa­n mulai 1 Januari depan bertujuan memartabat­kan simbol Islam

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@bh.com.my

Johor Bahru: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menggunaka­n tulisan Jawi dalam semua urusan surat menyurat mulai 1 Januari depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembanguna­n Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi, berkata pelaksanaa­n tulisan Jawi itu akan turut membabitka­n semua anak syarikat di bawah JAINJ dan MAINJ.

Tosrin berkata, langkah itu bertujuan memartabat­kan tulisan Jawi sebagai simbol Islam di negeri itu, serta menjadi contoh kepada usaha kerajaan negeri memelihara tulisan itu, terutama dalam kalangan masyarakat Melayu Islam.

“Pelaksanaa­n ini juga termasuk pada peringkat pejabat kadi, sekolah agama dan digunakan dalam teks ucapan.

“Saya memberi jaminan kepada Menteri Besar dan semua, bahawa saya tidak akan berundur dengan keputusan ini (menguatkua­sakan penggunaan Jawi),” katanya sambil menambah sebuah jawatankua­sa juga turut akan ditubuhkan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Pusat Islam Iskandar, di sini, semalam.

Pada majlis itu, bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Johor, Ishak Abd Hamid, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Johor.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, yang menyokong langkah itu menyifatka­nnya sebagai antara usaha untuk memartabat­kan tulisan Jawi.

“Tujuannya adalah memperkasa­kan tulisan Jawi. Paling mudah kalau kita hendak mengaji, kita mesti tahu tulisan Jawi dan kita lebih mahir mengaji.

“Diharapkan semua masyarakat terutamany­a Melayu Islam memastikan mereka menghayati, memahami dan belajar tulisan Jawi,” katanya.

Mengulas isu lain, Dr Sahruddin berkata, sebanyak 95 peratus daripada keseluruha­n 16 hektar kawasan hutan Kampung Pekajang, Iskandar Puteri yang terbakar pada minggu lalu sudah dipadamkan sepenuhnya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua agensi berkaitan yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan dan diharapkan rakyat dapat memahami kesukaran dan tempoh yang diambil untuk memadamkan kebakaran berkenaan,” katanya.

Saya tidak akan berundur dengan keputusan ini (menguatkua­sakan penggunaan Jawi)

Tosrin Jarvanthi, Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembanguna­n Luar Bandar Johor

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia