Berita Harian

Syor mansuh rujukan Common Law Inggeris

Undang-undang warisan penjajah tak lagi sesuai diamalkan di Malaysia

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my

Kuala Lumpur: Rujukan kepada Common Law Inggeris yang diwarisi daripada penjajah, wajar dimansuhka­n daripada undang-undang sivil negara kerana tidak lagi sesuai dengan perkembang­an semasa.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar, berkata undang-undang berkenaan tidak lagi diamalkan di negara asal penggubaln­ya, tetapi masih menjadi rujukan penting di negara ini.

Katanya, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim pernah mencadangk­an, rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhka­n daripada undang-undang sivil negara ini kerana ia menggambar­kan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah.

Beliau berkata, walaupun negara sudah 62 tahun merdeka dan terlepas daripada cengkaman penjajah, Seksyen 3 dan 5 Undang-undang Sivil 1956 masih kekal dalam perundanga­n negara.

“Undang-undang ini tidak lagi sesuai dan negara kita, perlu memiliki Common Law Malaysia yang menggambar­kan identiti sendiri sebuah negara merdeka dan berdaulat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas laporan BH Ahad, ada di antara undang-undang negara diwarisi sejak zaman British dan tidak selaras dengan perkembang­an semasa serta teknologi.

Perkembang­an undang-undang negara juga dilaporkan melalui perubahan yang perlahan berbanding dengan teknologi.

Khairil Azmin berkata, penggunaan undang-undang warisan penjajah menjadikan pengamal undang-undang di negara kita seolah-olah masih dijajah pemikiran mereka.

Keratan akhbar BH Ahad,

Walaupun sudah 62 tahun merdeka, Seksyen 3 dan 5 Undang-undang Sivil 1956 masih dalam perundanga­n negara. Undang-undang ini tidak lagi sesuai dan perlu memiliki Common Law Malaysia yang menggambar­kan sebuah negara merdeka dan berdaulat.

Khairil Azmin Mokhtar, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia

 ??  ?? semalam.
semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia